Friday, 12 December 2008

Bagai melepaskan anjing tersepit

Tiada ungkapan yang lebih sesuai buat sebilangan mangsa tanah runtuh Bukit Antarabangsa, yang bongkak dan tidak percaya kepada qada' dan qadar.

Aku tidak ambil pusing tentang cakap-cakap tentang perangai buruk mereka yang dijaja dari satu mulut ke satu mulut. Tetapi apabila aku baca tentang dua perkara di dada-dada akhbar, ya Allah... ampuni hamba-Mu ini, simpati bertukar MELUAT!

Pertamanya, artikel tentang kerajaan sedia menimbangkan usaha menempatkan mangsa-mangsa yang menghuni 14 banglo (baca: rumah mewah bernilai jutaan ringgit) yang terbabit di hotel-hotel.

Keduanya, suami salah seorang mangsa merancang untuk menyaman pasukan penyelamat kerana LAMBAT menyelamatkan isterinya yang terkorban.

Aku pelik mengapa kerajaan perlu menempatkan mereka di hotel. Apakah ini dasar terbaru untuk semua mangsa bencana alam yang berlaku di Malaysia ataupun one-off ehsan? Kenapa mangsa-mangsa tanah runtuh ini yang dipilih sebagai perintis? Tidakkah orang kaya ini punyai sanak saudara yang boleh mengikut jejak Datuk Siti Nurhaliza yang menumpangkan saudaranya di rumah beliau sehingga segalanya selesai?

Aku sejak kecil sudah diajar oleh mak dan abah, serta guru-guru agama tentang qada' dan qadar. Buat yang tak mengerti maksudnya, kurang lebih sama erti dengan takdir. Aku percaya sudah takdir wanita tersebut pergi selama-lamanya dan tanah runtuh itu hanyalah sebab musabab. Semasa aku di Tingkatan 3, aku pernah diberitahui oleh kawan baik, Soh Lian Hai (di manakah kau sekarang?) bahawa dia pun dididik tentang perkara yang sama. Mungkin teman-teman Tionghua boleh berkongsi sama...

Laporan Buletin TV3 tentang makanan dan minuman yang dibuang oleh mangsa-mangsa tanah runtuh Bukit Antarabangsa sangat menyedihkan. Hina sangatkah makan nasi bungkus? Bobrok sangatkan menumpang tidur di balai raya?

Teringat aku tentang ketertiban dan kesantunan isteri Hanif Basree menghadapi dugaan besar dalam hidupnya. Mungkin mereka (termasuk juga isteri Razak Baginda) boleh belajar sesuatu daripada beliau.

Alahai...


p/s: Well done, Pak Lah!

5 comments:

Unknown said...

dah nama orang kaya yang tak gheti bersyukur dan tak de iman ginilah jadiknya....hampeh!

Zetty said...

jika itula hakikatnya sekarang, i couldnt agree with you more on this matter. tak pernah dibuatnya ada pulak peruntukkan utk mangsa bencana alam ditempatkan di hotel-hotel. mangsa tsunami dulu pun tak pernah dapat layanan mcm tu.

ukanera arenaku said...

lee novotny & zetty:
entahlah... manusia ni mcm2 kerenah.

ukanera arenaku said...

oh, yeah... tgh layan suara saleha on youtube. aku suka betul lakonan kak ogy!

Inn said...

i agree with u also. waktu banjir di johor, my dad bertungkus lumus tolong mangsa banjir yg tido di sekolah2, di balai2 raya. tak plak tido hotel. napa? becoz depa orang kampung?