Sekitar jam 4 pagi, aku mendapat SMS daripada Niza dan panggilan telefon daripada Mira, yang memaklumkan bahawa Atok Mustapha telah kembali ke rahmatullah.
Aku bergegas balik ke Melaka. Memandangkan aku sudah tiada cuti tahunan, aku tidak boleh lama kerana kursus yang sedang aku hadiri bermula pada 9.15 pagi.
Aku cuma sempat membacakan surah Yaasin sekali sahaja. Tidak sempat untuk tunggu mayat dimandi dan dikafankan.
Takziah buat Nek Kamayah sekeluarga. Sesungguh arwah adalah seorang muslim yang baik dan moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-fatihah...
p/s: Have a safe journey, Nurul. So sorry because I was unable to send you off due to work commitments.
No comments:
Post a Comment