Tuesday, 9 December 2008

Antara alhamdulillah dan al-fatihah

Syukur banyak-banyak ke hadrat Allah taala kerana segalanya berjalan dengan lancarnya. Alhamdulillah, Mira telah selamat diijabkabulkan pada petang Jumaat, upacara malam berinai pada malamnya dan hari langsung pada keesokan harinya. Syukur alhamdulillah kerana tidak hujan sepanjang upacara berlangsung [Biarpun mak tiri abah bersungguh-sungguh menyuruh Mira balingkan baju basahannya ke atas bumbung, aku dan Lia tetap anggap itu adalah perbuatan yang tak perlu].

Mungkin kerana pertama kali mak dan abah menerima menantu, jadi orang datang tak putus-putus. Santak terpaksa beratur untuk mengambil makanan. Kasihan juga tengokkan Ju dan Udin dengan tiga orang anaknya dalam barisan panjang tersebut...

Terima kasih daun keladi kepada semua, termasuk kawan-kawan dan rakan-rakan sepejabat yang sudi datang. Kepada yang sesat dek peta yang serba serbi kurang itu, maaf banyak-banyak dari kami.

Terima kasih juga kepada ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang datang menolong, terutamanya teruna-teruna yang membasuh pinggan mangkuk dan dara-dara yang menyelenggarakan balai makan.

Potrait Keluarga


"Kau menangis ke?" tanya salah seorang kawan baik aku yang datang dari jauh.
"Rahsia!"

Dalam ghairah menyambut kehadiran ahli baru, Mus, kami diingatkan tentang ulangtahun pemergian nenda tercinta, arwah Puan Jariah Abdul Samad pada 6 Disember 1959. Semoga Allah terus mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-fatihah...


p/s: Alhamdulillah, makanan mencukupi, cuma tak dapat nak dibekal-bekalkan. Seperti yang diduga, ayam golek dan serunding Melaka laku betul!

2 comments:

Mus The Great said...

how time flies eh!..remember how they used to be our little sister, now dah jadi isteri orang dah...sigh!

ukanera arenaku said...

tu lah... time flies, kan. mcm baru je aku gi wedding si fadilah!
:)