Sunday 5 April 2009

Kuantan Trip 2009

Ini kali kedua aku ke Kuantan, di mana lawatan pertama adalah pada awal tahun 2007. Itu bukan lawatan pun, kerana aku pergi ke salah satu IPT tempatan untuk mengambil barang-barang adik aku, termasuklah baldi, toto, buku & rak kasut! Aku pergi bersama-sama Lia dan Fizul. Oh, aku terlupa yang aku pernah ke Kuantan pada tahun 2006, ketika menyertai satu pertandingan treasure hunt.

Kali ini adalah untuk memenuhi jemputan walimatul urus yang dipanjangkan oleh salah seorang kawan yang turut sama belajar di Manchester tahun lepas. Aku pergi dengan pak supir - Azzril, penolong pak supir - Rafin, dan Dini.

Pelan awal ialah untuk bertolak tepat jam 8.30 pagi. Namun, sebab pak supir dan mak supir (yang ditugaskan untk menghantar Dini ke tempat pertemuan) tak tahu selok belok jalan, perjalanan dimulakan sedikit lambat, kurang lebih, satu jam.

Sebelum berjalan, kami mengalas perut di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru, yang terletak di Gombak.




Nasinya sedap, berlemak tapi sambalnya kurang umph! Bak kata Azzril, "macam sos cili saja!"

Thanks, Dini for paying for my breakfast. Bukan aku nak lari daripada membayar, tetapi aku telah ditugaskan untuk menyediakan kudap-kudapan. Oleh itu, aku bergegas ke kedai 7eleven yang berdekatan untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

Satu pemerhatian yang sempat aku buat ialah barangan di 7eleven agak lebih mahal daripada yang dijual di Kedai Mesra. Sebagai contoh, Twisties dijual dengan harga RM2.20 di 7eleven tetapi cuma berharga RM2.00 di Kedai Mesra. Tapi, di Mydin ianya berharga RM1.30 sahaja! Selain itu, setin Nescafe perisa original berharga RM2.10 di 7eleven, tetapi cuma RM1.90 di Kedai Mesra.

Hmmm...

Kami tiba di rumah pengantin kira-kira jam 12.30 tengahari, disambut dengan ramah tamah oleh ibu bapa pengantin, dan semestinya, Fendy, yang tampak baik dengan baju melayu. Thanks Azzril for driving us safely to Gambang, Kuantan.









Tiada bezanya majlis perkahwinan di Gambang, Kuantan dengan majlis perkahwinan di Melaka.

Rafin, Dini, Azzril dan aku amat gembira kerana dapat juga bertemu dengan kawan-kawan lama.

Azzril dan Rafin adalah bekas pelajar MRSM Jasin, sama seperti Fendy dan beberapa yang lain seperti Konda (maaf banyak-banyak sebab aku dan Dini asyik lupa the correct pronounciation of your nickname) dan Kay.

Dini dan aku adalah bekas pelajar University of Manchester (tetap nak mention, kan!!! hehehe), sama seperti Fendy dan beberapa yang lain seperti Ayap, Izuan, Shahril dan Shahrul.

Selepas kenyang dan selepas menyaksikan pengantin berarak dan duduk di atas pelamin, kami pakat beramai-ramai untuk ke Annex untuk check-in dan membersihkan diri daripada mandian peluh.

"Jom ke bandar, usha tali pinggang ke?" ajak si Rafin, memujuk Azzril yang sudah melengkar malas di atas katil.

Setelah dipujuk, didesak dan digertak, akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki ke Berjaya Megamall.

Aiyo... ini ke tempat paling happening kat Kuantan ni!!! Oh ye... sebelum aku lupa, apa signifikannya "Malacka" or "Malakka" kepada orang-orang Kuantan, sebab banyak juga kedai kopi atau restoran yang mempunyai perkataan ini di atas papan tanda kedai mereka? Anyone?



Untuk makan malam, kami semua telah sepakat untuk ke Tanjung Lumpur untuk meratah ikan-ikan bakar. Kay, Rafin dan Konda telah ditugaskan untuk memilih ikan-ikan dan sotong-sotong yang segar untuk santapan kami.

Sementara itu, Dini dan Azzril asyik dengan sesi fotografi menggunakan camera phone kepunyaan Azzril, yang cuma 3.2 mega pixel itu! Hehehe...

Berbaloikah? Yeap, memang berbaloi. Kenyang betul aku malam itu. Sedap dan harganya juga berpatutan. Thanks Kondo for bringing us there.









Agaknya kerana cemburu mendengar kemeriahan kami bersantap di Tanjung Lumpur, Fendy beria-ia mengajak kami duduk lepak dengannya. Tempat seterusnya ialah Coffee Street Cafe (ke aku salah? tapi ada perkataan coffee dan ada perkataan street!)

Kami tidak lama di situ, sekadar untuk Fendy menghabiskan secawan kopi dan 3 atau 4 batang rokok! Kemudian kami terus beransur balik. Sebelum sampai ke Annex, Fendy bawa kami ke Lorong Metro untuk saksikan wanita-wanita tercantik di Kuantan! Chantek kah? Hehehe...

Di bilik, kami lepak dan berborak sehingga terlupa dengan rancangan awal untuk bermain Charade.

Mungkin ternampak aku agak tersengguk-sengguk menahan kantuk, we called it a day. Lagipun, esok kami hendak ke Teluk Chempedak.





Perkelahan kami di pantai Teluk Chempedak terpaksa dipendekkan dek hujan halau menantu. Hehehe, cari dalam kamus apa maksud frasa "hujan halau menantu". Tak pun, baca salah satu tulisan kreatif aku, sedikit masa dulu.



Sebelum meninggalkan Kuantan, kami pusing satu bandar untuk mencari tempat yang bersesuaian untuk makan tengahari. Pada mulanya, kami mencari satu kedai makanan Thai, tetapi kecewa sebab restoran itu tutup.

Biarpun kecewa, masing-masing tetap kemaruk untuk menjamu makanan Thai. Aku terlupa siapa yang mencadangkan Black Canyon, tetapi yang pasti Konda mengesahkan tentang kewujudannya di EC Mall (betul ke EC Mall?).

"Lah... kenapa tak bawa kami ke sini semalam? Buat apa kita ke Berjaya Megamall?" rungut Dini, Azzril, Rafin dan aku kepada Konda yang terpinga-pinga.

Sekali lagi, adakah berbaloi? Bolehlah... RM15.90 untuk Stir-fried noodles with Chicken Steak, dan dapat percuma semangkuk sup cendawan. And thanks to Rafin for suggesting me a glass of honey banana coffee yang berharga RM8.95 sahaja!

Maaf, aku leka berborak sampai alpa untuk mengambil gambar.




Kami bertolak pulang kurang lebih jam 3 petang. Kali ini, Rafin pula yang menjadi pak supir, sementara Azzril menjadi penolong pak supir. Aku dan Dini masih lagi menjadi penumpang yang baik lagi taat setia, dan tidak mengada-ngada.

Kami cuma berhenti di Genting Sempah untuk solat dan menunaikan qadr hajat.



Demikianlah perjalanan muda mudi gedik ke Kuantan. TAMMAT.

3 comments:

tungkai said...

muda mudi...??hahahha....

Ko tak baik tau.."happening" hape kat Berjaya Mall tu..eheheh...

D'Rimba said...

Salam semuanya jemput ke blog saya ye...Terima kasih.

ukanera arenaku said...

tungkai: weolls pemuda pemudi harapan bangsa tau! hehehe

D'Rimba:
thanks for stopping by. insya-Allah, will singgah.