Showing posts with label Condemnation. Show all posts
Showing posts with label Condemnation. Show all posts

Friday, 18 July 2014

Breaking news: MH17 was shot down

My condolences to the families and friends of MH17 passengers and crews that boarded on the ill-fated plane.

I strongly condemn the uncivilised act by those responsible in downing the Malaysia Airlines flight at the area near Ukraine and Russia border.

Tuesday, 27 November 2012

Gunting Rambut dan Politik

NO to Islamphobia.
NO to rasicm.
NO to sexim.

I strongly condemn the continuous anti-Islam campaign by any political parties.

Sebelum ini parti politik yang sama telah mempersoalkan tindakan seorang calon pilihanraya wanita Islam untuk tidak bersalaman dengan bukan mahram. Selain itu, parti tersebut memperlekehkan syariah dan hudud.

Umat Islam tidak pernah mempersoalkan agama-agama lain, mengapa perlu persoalkan agama dan kepercayaan kami?

Enough is enough. Please stop all these nonsense!



********************************************************************

Mahu gunting rambut di KB?

27 NOV — Sure heboh

Heboh di dada akhbar penguatkuasaan undang-undang oleh Majlis Perbandaran Kota Baru Bandaraya Islam (MPKB BI) ke atas sebuah saloon gunting rambut wanita di KB Mall. Tindakan itu berpandukan pada seksyen 107(2) Undang Kecil Majlis Tempatan yang sudah berjalan sejak 1991 lagi. Peruntukan undang-undang ini melarang wanita menggunting rambut lelaki dan begitulah sebaliknya. Biasalah di Malaysia, perkara lama boleh disensasikan asalkan ada kepentingan di situ. Kali ini undang-undang kecil yang sudah lama dikuatkuasakan tiba-tiba menjadi sensasi dan yang menariknya semua pihak menambah rencah mengikut selera masing-masing, sure heboh satu Malaysia punya.
Hadiah Krismas
Di Malaysia sesuatu isu itu apabila hangit sangat diputarkan sehingga kita tidak tahu apa puncanya dan apa isunya. Disensasikan dengan kebebasan media ala Malaysia, orang ramai disuap secara paksa dengan apa yang dimahukan oleh pencacai politik. Tiada budaya sihat di mana berbagai pandangan membentuk kematangan rakyat berfikir. MCA nampaknya seronok dalam isu saman di KB Mall ini ke atas pengusaha saloon sehingga menganggap ini adalah "hadiah dari tuhan untuk sambutan Krismas" dengan kata lain mereka mendapat "peluru percuma" membantai PAS dengan bantaian maut. Semua sedia maklum betapa MCA jadi parti yang terpalit dengan krisis termasuk moral di mana pelakon utamanya adalah presidennya sendiri. Walaupun demikian dia masih tetap Presiden, entah apa ilmu dipakainya ataupun perwakilan ada tahap tertentu menentukan kepimpinannya. Saya boleh bayang betapa sukanya parti ini mendapat hadiah Krismas dengan isu di KB Mall ini. Tapi... tunggu dulu, apa isunya?
Keselesaan atau paksaan
Apa yang dihebohkan adalah isu segregasi jantina, walaupun perbahasannya luas, saya mahu melihat dari sudut memberikan keselesaan dan menjaga hak wanita sebagai menangkis hujah pihak tertentu yang membawa konotasi negatif. Bukankah amalan segregasi ini telahpun diamalkan di negara-negara lain termasuk Jepun dan India wa imma di China dan Eropah sendiri? Tidak berbangkit isu ini dikaitkan dengan "memaksa hak bukan Islam" ia adalah untuk memelihara keselesaan kaum Hawa yang perlu pembelaan terhadap ruangnya yang tidak boleh dikongsi sama oleh kaum Adam. Keselesaan ruang dicipta eksklusif untuk wanita di dalam pengangkutan awam, tempat awam dan ketika berbaris panjang bukan kerana diskriminasi tetapi kerana menjaga sifat wanita yang lemah lembut supaya tak perlu berasak dengan lelaki atau berebut tempat.Manakala di saloon pula segregasi adalah bentuk keselesaan supaya wanita mendapat ruang eksklusifnya tanpa diganggu dengan kehadiran kaum lelaki sebagai pengguntingnya mahupun sebagai pelanggannya. Amalan segregasi jantina ini perlu dilihat dalam perspektif keselesaan dan bukan paksaan. Adakah ini bermakna semua wanita bersetuju ruang eksklusif mereka dicerobohi dan dikongsi khususnya di tempat seperti saloon wanita seperti yang dilaungkan oleh MCA dan yang sama waktu dengannya? Apakah yang MCA perjuangkan? Hak wanita atau mahu publisiti politik? Mengaitkan isu ini dengan kononnya memaksa bukan Islam adalah tersasar dari fahaman malah menggambarkan kecelaruan MCA dalam isu ini. Mereka tidak dapat membezakan antara memberi keselesaan dengan paksaan, apatah lagi MCA buat sekian kalinya menggunakan Islam sebagai temanya kononnya undang-undang ini memaksa bukan Islam!
Unisex
Perkataan unisex menggambarkan ianya terbuka untuk lelaki dan wanita. Ia adalah manifestasi kebebasan yang menggambarkan kemodenan apabila ia mula diperkenalkan, maka lahirlah unisex saloon. Bagi sesetengah pihak konsep ini disalahertikan untuk mewajarkan kegiatan yang boleh memberi ruang kepada aktiviti yang tidak ada kena mengena dengan pendandanan rambut. Banyak aktiviti di bandar besar menggunakan platform ini untuk menawarkan khidmat lain dari dandanan rambut. Walaupun tidak semua yang mengambil kesempatan tapi tiada jaminan kekal yang profesion ini terpelihara dari tujuan lain. Sebagai tanda prevention is better than cure, adalah normal bagi negeri seperti Kelantan yang padat budaya ketimurannya memelihara nilai-nilai ini dari dicemari. Bukankah budaya sebahagian dari faktor mempengaruhi sesuatu perundangan?
Undang-undang kecil
Oleh kerana tindakan ini adalah tindakan yang diperuntukkan oleh perundangan maka adalah wajar pihak yang tidak berpuas hati menangani isu ini mengikut perundangan juga. Masyarakat yang demokratik bukan sahaja melaungkan hak kebebasannya tetapi dia juga menggunakan saluran perundangan untuk memperbaiki keadaan masyarakatnya. Tiada yang mutlak dan tidak boleh dipertikaikan selagimana ia berlaku dalam konteks perundangan yang bebas memberi intepretasi kepada permasalahan yang timbul. Saya juga melihat di sebalik rencah selera politik Umno dan MCA yang ditambah dalam isu ini, MPKB BI perlu menilai semula peruntukan-peruntukan ini dengan semangat memperbaikinya dari masa ke semasa mengikut kesesuaian dan tahap persediaan. Sebuah kerajaan yang mahu berkhidmat kepada subjeknya perlu peka dan sensitif dengan respons yang tulen dari orang ramai lalu memperluaskan ruang dialog samada memahamkan undang-undang tertentu ataupun mengharapkan feedback orang ramai. Semangat dialog dan sikap demokratik ini perlu diambil oleh kerajaan Kelantan dan mana-mana kerajaan lain,supaya isu ini dilanggani dengan bijaksana dan sikap yang terbuka.
Di mana silapnya
Di negeri-negeri lain berselerak lesen yang dikeluarkan oleh majlis kerajaan tempatan yang disalahgunakan untuk kegiatan tidak bermoral. Walaupun operasi demi operasi dilakukan ia tetap tumbuh seperti cendawan. Harga yang dibayar oleh masyarakat dalam gejala ini amatlah tinggi di mana seks bebas, pemerdagangan orang dan perhambaan moden telah meluas dan melata. Semuanya bermula dengan pemberian lesen untuk mereka beroperasi, walaupun tidak adil isu KB Mall ini dikaitkan dengan kegiatan tidak bermoral tetapi sekurangnya MPKB BI mahu menutup ruang-ruang ini daripada berlaku, di mana silapnya? Adakah kerana bukan Islam dipaksa untuk menerima undang-undang segregasi jantina ini ataukah kerana undang-undang kecil ini mahu memelihara kemaslahatan yang lebih besar untuk semua? Ataukah silapnya ialah MPKB BI mahu memelihara kesopanan wanita timur?

Monday, 19 November 2012

Stop the Aggression on Palestine!

I strongly condemn the current attack and killing of innocent Palestinians by Israel!

Also, I strongly condemn the United States of America's lack of courage to do something to stop the aggression by Israel on Palestinians.

While I applaud any campaigns to boycott companies that benefit from the illegal Israeli settlements in the Palestinian territory or companies who contribute to the Zionist regime, I urge friends and family members to refrain themselves from abusing anyone who might not agree to their ideals. Similarly, those who do not want to undertake such boycott SHOULD NOT criticise or condemn whomever embrace the said measure.

Let us say:
NO to occupation or imperialism;
NO to war;

NO to Islamophobia, racism and sexism.

Sunday, 1 January 2012

Stupid Driver From Johor!

Selfish too!

He can cut queue without giving signal, but won't let other people to cut although they've given signal to do so.

To get rid any controversy, allow me to rephrase the title of this post to "Kiasu Driver of Johor-registered Car".

Mengikut pengalaman aku memandu di negara orang, biasanya pemandu di sana akan memberi laluan kepada sekurang-kurangnya satu kereta. Berselang seli. Bagi satu kereta masuk, kemudian jalan. Kereta yang belakang juga akan beri laluan kepada sebuah kereta, kemudian dia jalan. Dan seterusnya.

Tapi situasi sedemikian, aku jarang jumpa. Bukan nak kata TIADA, tapi jarang-jarang aku nampak. Sama ada, tak bagi laluan langsung ataupun, apabila sudah beri lalu, kereta-kereta yang lain berebut-rebut masuk sama, santak kereta yang beri laluan itu tadi terpaksa menunggu lama, untuk jalan kembali.

Jadi harapan aku agar perkara ini berubah perlahan-lahan. Tapi janganlah terlampau perlahan perubahan itu hendak berlaku pula!

Selamat memandu dengan berhemah dan berhemat.

Sunday, 3 July 2011

Hati-Hait: Kereta Berplat singaPURA




I'm not being racist. Kereta ini dipandu dengan kurang cermat di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bachang, Melaka.

Aku acapkali dengar tentang kebobrokan dan sikap kurang ajar pemandu-pemandu dari Singapura. Betulkah khabar angin yang mengatakan bahawa mereka hanya patuh di negara sendiri tetapi besar kepala di tempat orang? Ke hanya khabar angin semata-mata?


Shame on you!

Tuesday, 20 October 2009

My Still Unanswered Complaint to Celcom

To: careline@celcom.com.my
07/10/2009 09:14
Subject: Complaint


Good morning.

I would like to lodge a complaint regarding the following SMS which I received it yesterday:

63383
06-Oct-09 16:44
RM0.00 Nak dptkan koleksi video dan foto "projek awek dlm kereta" kpd handset? tekan REG FUN dan sms ke 33883, dptkan koleksi yg menarik ni! 0380615556


I hope your company could be more careful in the future so that such business promotion doesn't escape your vetting and jeorpadise your company's credibility and integrity for the sake of profit and material gains.

Thank you.


- Your postpaid subscriber -

Friday, 7 August 2009

I Strongly Condemn Irresponsible Remark by Loke Siew Fook!

My condemnation is based on what have been published on the blogs of Loke Siew Fook and Zulkifli Noordin.

Lets us say NO to racists, sexists and Islamophobics!


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
First Post: KENYATAAN AKHBAR by Zulkifli bin Nordin

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com/ yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam.

Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.

Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.

Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.

Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya.

Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum
berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.

Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP?

Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?

Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut).

Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:
"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan";
"What sort of fucking Dr. r u";
"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)";
"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims";
"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive";

To read more, click here.

Second Post: RIDHUAN TEE MUST APOLOGIZE TO TEOH BENG HOCK'S FAMILY;
WARNS DAP MP from http://www.sjsandteam.wordpress.com/)

Loke Siew Fook DAP Socialist Youth (DAPSY) National Chairman and MP for Rasah 4 August 2009

It is sickening to see that a person with supposedly strong academic credentials and
high religious stature can produce such cruel and heartless remarks over the
issue of Teoh Beng Hock’s unborn child.By twisting a dreadful tragedy with his
zealous agenda against “bastard children” in his Utusan Malaysia article, Dr.
Mohd Ridhuan, the vice-president of the Malaysian Chinese Muslim Association,
has caused immense emotional damage to Teoh’s family.Whatever superficial
sympathy Dr. Mohd Ridhuan has for Teoh’s family is lost when he chooses to harp
on the status of the child, whom he labels as an illegitimate child. Dr. Mohd
Ridhuan has also compared Teoh’s child to the children of “Malay-Muslim girls
who have sex with Muslim or non-Muslim partners with or without consent”, who
are born without taking their father’s names.By comparing, with blatantly racist
language, an unborn child of an engaged couple who is painfully separated by the
fiance’s mysterious death, to children who are results of unplanned conception,
Dr Mohd Ridhuan has shown everyone how low he can go to hurt other human beings with broken logic.As if that wasn’t enough, Dr. Mohd Ridhuan produced another
hurtful article to slam his critics, labelling two Chinese language dailies –
China Press and Nanyang Siang Pau – as racist, for highlighting his own racist
outbursts. You can’t get more hypocritical than that.DAPSY condemns in the
strongest possible terms, the decision by Dr. Mohd Ridhuan to produce such
insensitive, racist, zealous and hypocritical writings and the decision by
Utusan Malaysia to publish them. DAPSY calls on Dr. Mohd Ridhuan to immediately
apologize to Teoh’s family and to China Press and Nanyang Siang Pau, for all
they have done is to reveal and reject his nasty character.