Showing posts with label Socio-politics. Show all posts
Showing posts with label Socio-politics. Show all posts

Saturday, 25 July 2015

Murah Hati dan Kelangsungan Hidup

Sehari dua sebelum Aidilfitri, para netizen berdiskusi di Facebook tentang seorang ayah membawa tiga orang anaknya menaiki motorsikal pulang ke kampung.

Seminggu kemudiannya, viral lagi di Facebook tentang seorang peniaga yang pemurah, mendermakan sebuah kereta Iswara kepada keluarga ini untuk kegunaan seharian. Itupun, setelah puas memujuk si ayah selama dua jam untuk menerima pemberian ini.

Sekarang, tertanya-tanya benak ini apakah kereta itu bakal menyelesaikan hal ini - pulang ke kampung dengan selamat.

Hati ini juga tertanya-tanya, ke mana suri rumah keluarga ini? Adakah mereka mempunyai anak-anak yang lain? Tidakkah mereka juga pulang ke kampung untuk beraya? Bagaimana ya? Satu demi satu soalan datang tanpa jawapan.

Pada aku, masyarakat perlu disedarkan tentang bahaya menunggang motorsikal berempat sejauh 300-400 km itu. Mungkin si ayah menunggang dengan cermat tetapi ada juga kemalangan yang berlaku ekoran kelalaian pemandu yang lain. Aku tidak pernah menunggang motorsikal hampir 20 tahun tetapi aku pernah memandu lebih jauh daripada itu. Sedikit sebanyak keletihan tetap dirasa.

Mungkinkah itu adalah pilihan yang paling ekonomikal tetapi faktor keselamatannya bagaimana pula?

Aku rasa isu sebenar adalah kos sara hidup. Jika betul telahanku, pemberian kereta tersebut belum tentu akan membantu keluarga ini ke sana ke sini dengan murah dan selamat.

Aku rasa lebih sesuai bantuan diberi dalam bentuk pemberian tiket bas ekspres kepada keluarga ini. Jika sesiapa mempunyai maklumat lanjut tentang keluarga ini, mungkin boleh dipanjangkan kepada aku supaya boleh diusahakan inisiatif #TiketBasUntukPulangKeDesa.

Apa-apa pun, aku berdoa kepada Allah taala semoga keluarga ini diberikan perlindungan dan kelapangan hidup.

Sent from my iPhone

Friday, 4 January 2013

Air, oh Air!

Alhamdulillah, apartmen aku masih ada bekalan air. Tak macam perumahan di sekeliling, yang berdepan dengan masalah air semenjak seminggu lebih yang lalu. Segala puji-pujian buat Allah taala.

Dalam memanjatkan syukur, aku ingin melahirkan rasa geram dan marah kepada Syabas.

Ini adalah satu lagi contoh keTIDAKupayaan Syabas dalam menguruskan air di Lembah Klang. Bukan sahaja syarikat ini gagal untuk mengurangkan peratusan NRW, syarikat ini beberapa kali mengugut rakyat dengan dendangan lagu ketiadaan air. Dan syarikat ini, tak habis-habis nak mempolitikkan masalah air untuk kepentingan sendiri, bukannya kepentingan rakyat.

Alasan yang diberi iaitu pam rosak dan buat sekian kalinya Syabas menuding jari kepada pihak lain, kecuali pihaknya sendiri.

Bukan sahaja Syabas tiada pelan tindakan, malah masalah ini menunjukkan kelemahan Syabas dalam menyelenggara aset-aset yang berkaitan dengan air. Jikalau penyelenggaraannya baik, masakan pam gantian (not one but 4 standby pumps) juga rosak?!?

Astaghfirullah, semoga Allah mengampunkan kita semula dan beri hidayah kepada pengurusan Syabas agar menggalas tanggungjawab dengan amanah dan jujur.

Kalau di negara-negara lain, syarikat yang bermasalah seperti Syabas ini telah lama ditamatkan kontraknya.

Tapi, di Malaysia, segala-gala yang pelik bin ajaib berlaku.

Dan aku tak faham kenapa kerajaan tidak tamatkan kontrak Syabas yang ternyata GAGAL menguruskan air seperti mana yang termaktub dalam perjanjian.

Dalam hal air, kenapa kepentingan Syabas mengatasi kepentingan rakyat?

Tuesday, 27 November 2012

Gunting Rambut dan Politik

NO to Islamphobia.
NO to rasicm.
NO to sexim.

I strongly condemn the continuous anti-Islam campaign by any political parties.

Sebelum ini parti politik yang sama telah mempersoalkan tindakan seorang calon pilihanraya wanita Islam untuk tidak bersalaman dengan bukan mahram. Selain itu, parti tersebut memperlekehkan syariah dan hudud.

Umat Islam tidak pernah mempersoalkan agama-agama lain, mengapa perlu persoalkan agama dan kepercayaan kami?

Enough is enough. Please stop all these nonsense!



********************************************************************

Mahu gunting rambut di KB?

27 NOV — Sure heboh

Heboh di dada akhbar penguatkuasaan undang-undang oleh Majlis Perbandaran Kota Baru Bandaraya Islam (MPKB BI) ke atas sebuah saloon gunting rambut wanita di KB Mall. Tindakan itu berpandukan pada seksyen 107(2) Undang Kecil Majlis Tempatan yang sudah berjalan sejak 1991 lagi. Peruntukan undang-undang ini melarang wanita menggunting rambut lelaki dan begitulah sebaliknya. Biasalah di Malaysia, perkara lama boleh disensasikan asalkan ada kepentingan di situ. Kali ini undang-undang kecil yang sudah lama dikuatkuasakan tiba-tiba menjadi sensasi dan yang menariknya semua pihak menambah rencah mengikut selera masing-masing, sure heboh satu Malaysia punya.
Hadiah Krismas
Di Malaysia sesuatu isu itu apabila hangit sangat diputarkan sehingga kita tidak tahu apa puncanya dan apa isunya. Disensasikan dengan kebebasan media ala Malaysia, orang ramai disuap secara paksa dengan apa yang dimahukan oleh pencacai politik. Tiada budaya sihat di mana berbagai pandangan membentuk kematangan rakyat berfikir. MCA nampaknya seronok dalam isu saman di KB Mall ini ke atas pengusaha saloon sehingga menganggap ini adalah "hadiah dari tuhan untuk sambutan Krismas" dengan kata lain mereka mendapat "peluru percuma" membantai PAS dengan bantaian maut. Semua sedia maklum betapa MCA jadi parti yang terpalit dengan krisis termasuk moral di mana pelakon utamanya adalah presidennya sendiri. Walaupun demikian dia masih tetap Presiden, entah apa ilmu dipakainya ataupun perwakilan ada tahap tertentu menentukan kepimpinannya. Saya boleh bayang betapa sukanya parti ini mendapat hadiah Krismas dengan isu di KB Mall ini. Tapi... tunggu dulu, apa isunya?
Keselesaan atau paksaan
Apa yang dihebohkan adalah isu segregasi jantina, walaupun perbahasannya luas, saya mahu melihat dari sudut memberikan keselesaan dan menjaga hak wanita sebagai menangkis hujah pihak tertentu yang membawa konotasi negatif. Bukankah amalan segregasi ini telahpun diamalkan di negara-negara lain termasuk Jepun dan India wa imma di China dan Eropah sendiri? Tidak berbangkit isu ini dikaitkan dengan "memaksa hak bukan Islam" ia adalah untuk memelihara keselesaan kaum Hawa yang perlu pembelaan terhadap ruangnya yang tidak boleh dikongsi sama oleh kaum Adam. Keselesaan ruang dicipta eksklusif untuk wanita di dalam pengangkutan awam, tempat awam dan ketika berbaris panjang bukan kerana diskriminasi tetapi kerana menjaga sifat wanita yang lemah lembut supaya tak perlu berasak dengan lelaki atau berebut tempat.Manakala di saloon pula segregasi adalah bentuk keselesaan supaya wanita mendapat ruang eksklusifnya tanpa diganggu dengan kehadiran kaum lelaki sebagai pengguntingnya mahupun sebagai pelanggannya. Amalan segregasi jantina ini perlu dilihat dalam perspektif keselesaan dan bukan paksaan. Adakah ini bermakna semua wanita bersetuju ruang eksklusif mereka dicerobohi dan dikongsi khususnya di tempat seperti saloon wanita seperti yang dilaungkan oleh MCA dan yang sama waktu dengannya? Apakah yang MCA perjuangkan? Hak wanita atau mahu publisiti politik? Mengaitkan isu ini dengan kononnya memaksa bukan Islam adalah tersasar dari fahaman malah menggambarkan kecelaruan MCA dalam isu ini. Mereka tidak dapat membezakan antara memberi keselesaan dengan paksaan, apatah lagi MCA buat sekian kalinya menggunakan Islam sebagai temanya kononnya undang-undang ini memaksa bukan Islam!
Unisex
Perkataan unisex menggambarkan ianya terbuka untuk lelaki dan wanita. Ia adalah manifestasi kebebasan yang menggambarkan kemodenan apabila ia mula diperkenalkan, maka lahirlah unisex saloon. Bagi sesetengah pihak konsep ini disalahertikan untuk mewajarkan kegiatan yang boleh memberi ruang kepada aktiviti yang tidak ada kena mengena dengan pendandanan rambut. Banyak aktiviti di bandar besar menggunakan platform ini untuk menawarkan khidmat lain dari dandanan rambut. Walaupun tidak semua yang mengambil kesempatan tapi tiada jaminan kekal yang profesion ini terpelihara dari tujuan lain. Sebagai tanda prevention is better than cure, adalah normal bagi negeri seperti Kelantan yang padat budaya ketimurannya memelihara nilai-nilai ini dari dicemari. Bukankah budaya sebahagian dari faktor mempengaruhi sesuatu perundangan?
Undang-undang kecil
Oleh kerana tindakan ini adalah tindakan yang diperuntukkan oleh perundangan maka adalah wajar pihak yang tidak berpuas hati menangani isu ini mengikut perundangan juga. Masyarakat yang demokratik bukan sahaja melaungkan hak kebebasannya tetapi dia juga menggunakan saluran perundangan untuk memperbaiki keadaan masyarakatnya. Tiada yang mutlak dan tidak boleh dipertikaikan selagimana ia berlaku dalam konteks perundangan yang bebas memberi intepretasi kepada permasalahan yang timbul. Saya juga melihat di sebalik rencah selera politik Umno dan MCA yang ditambah dalam isu ini, MPKB BI perlu menilai semula peruntukan-peruntukan ini dengan semangat memperbaikinya dari masa ke semasa mengikut kesesuaian dan tahap persediaan. Sebuah kerajaan yang mahu berkhidmat kepada subjeknya perlu peka dan sensitif dengan respons yang tulen dari orang ramai lalu memperluaskan ruang dialog samada memahamkan undang-undang tertentu ataupun mengharapkan feedback orang ramai. Semangat dialog dan sikap demokratik ini perlu diambil oleh kerajaan Kelantan dan mana-mana kerajaan lain,supaya isu ini dilanggani dengan bijaksana dan sikap yang terbuka.
Di mana silapnya
Di negeri-negeri lain berselerak lesen yang dikeluarkan oleh majlis kerajaan tempatan yang disalahgunakan untuk kegiatan tidak bermoral. Walaupun operasi demi operasi dilakukan ia tetap tumbuh seperti cendawan. Harga yang dibayar oleh masyarakat dalam gejala ini amatlah tinggi di mana seks bebas, pemerdagangan orang dan perhambaan moden telah meluas dan melata. Semuanya bermula dengan pemberian lesen untuk mereka beroperasi, walaupun tidak adil isu KB Mall ini dikaitkan dengan kegiatan tidak bermoral tetapi sekurangnya MPKB BI mahu menutup ruang-ruang ini daripada berlaku, di mana silapnya? Adakah kerana bukan Islam dipaksa untuk menerima undang-undang segregasi jantina ini ataukah kerana undang-undang kecil ini mahu memelihara kemaslahatan yang lebih besar untuk semua? Ataukah silapnya ialah MPKB BI mahu memelihara kesopanan wanita timur?

Thursday, 28 April 2011

A Reality Check

According to the UN 2010 MDG report, the percentage of poor Malays that live under the poverty line has reduced from 60% in 1989 to 40% in 2009.

In simple mathematics, a 1% reduction per year.

If that so, we could expect the figure to come down to 30% in 2019.

Is this an achievement? Let me leave you with a related article from The Malaysian Insider.


Malay poverty share falls, other Bumis still lagging
By Lee Wei Lian
April 28, 2011

KUALA LUMPUR, April 28 — Despite making up only 11 per cent of the population, non-Malay Bumiputeras now make up about half of all underprivileged households, according to the UN 2010 Millennium Development Goal (MDG) report.


The report released today showed non-Malay Bumiputeras - most of whom are from Sabah and Sarawak, and who are Barisan Nasional's (BN) vote bank - making up about 50 per cent of all poor households in the country as compared with about 20 per cent in 1989.

The proportion of poor made up by Malay households, meanwhile, dropped from over 60 per cent in 1989 to about 40 per cent in 2009.

The share of Chinese and Indian households remained relatively stable during the same period, at less than 10 per cent.

The report also found that Sabah had the highest poverty rate in the country at 19.7 per cent.
The report noted, however, that from 1989 to 2009, the incidence of poverty among all ethnic groups fell by at least half.


Approximate incidences of poverty among Malay households shrank from about 17 per cent to three per cent, while for the Chinese it dropped from about three to one per cent. For Indians it was reduced from about six to three per cent and for non-Malay Bumiputeras, it fell from about 33 to 16 per cent.

The report attributed the disparity between the non-Malay Bumiputeras and the rest of the ethnic groups to the local geographical features of the East Malaysian states.

“As [non-Malay] Bumiputera live predominantly in East Malaysia where the geographical terrain poses severe limitations to building transport infrastructure and basic amenities, the relative disadvantage of this group stands out,” said the report.

The UN (MDG) comprises eight global, time-bound development goals, with targets to be achieved by 2015.

Kamal Malhotra, the United Nations Resident Co-ordinator for Malaysia, said in the report that while the country has achieved the aggregate MDG objective of halving poverty — which fell from 17 per cent in 1990 to eight per cent in 2000, and below four per cent in 2009 — rural Sabah was not on track to achieve the poverty MDG by 2015.

The MDG report found that 3.5 per cent of households are vulnerable, meaning that they have incomes 25 per cent or less above the poverty line.

Non-Malay Bumiputera were found to be the most vulnerable, followed by Chinese, Malay, Indian and other races.

The UN report also said the 2008-2009 global economic crisis had caused the national poverty rate to rise to 3.8 per cent of citizen households in 2009, representing an estimated 228,000 households and an increase from 210,000 households in 2007.

The national poverty line used in the report is a variable poverty line developed by the Malaysian government and defined by household size, composition and location.
In 2009, the mean national poverty line translated to RM6.50 per capita a day.