Saturday, 31 January 2015

Hari ketiga di Pulau Weh, hari pertama di Banda Aceh

OTepat jam 7 pagi, Pak Jaffar sudah tunggu di hadapan Hotel Citra untuk membawa kami ke Pelabuhan Balohan.

Kali ini, kami menggunakan perkhidmatan feri perlahan. Ada dua jenis tiket iaitu tiket VIP berharga 60,000 dan tiket ekonomi berharga 25,000. Terdapat kantin di dek atas feri yang menjual kuih muih dan minuman. Sebiji kuih berharga 1,000.

Perjalanan dengan feri perlahan mengambil masa kurang lebih sejam 30 minit. Ferinya bertolak tepat pada masanya. Setibanya di Pelabuhan Ulele, kami dijemput oleh Pak Jo.

Destinasi pertama kami adalah Masjid Baitul Rahim, satu-satunya struktur yang terselamat daripada Tsunami di kawasan Ulele dan kawasan ini adalah yang terjejas teruk dengan bencana tersebut.

Seterusnya kami berhenti di Rumah Aceh di Lampisang yang merupakan replika kediaman kemerdekaan Aceh iaitu Srikandi Cut Nyak Dien.
Replika Rumah Cuk Nyak Dien
Hentian seterusnya adalah pantai Lampuung dan kawasan penempatan baru Lohknga. Pak Jo menerangkan perbezaan rumah-rumah bantuan yang dibina oleh kerajaan Turki, Jerman, Arab Saudi, Jepun dan Amerika Syarikat. Menurutnya ada juga rumah bantuan dari dana Malaysia tetapi aku tidak sepanjang seharian dibawa berjalan.
Pantai Lampuuk
Perahu dan bot di pantai Lampuuk
Masjid Rahmatullah, Lampuuk
 Selesai sahaja merehatkan minda dengan pemandangan pantai yang cantik dan mendamaikan, kami dibawa ke pusat kota untuk melihat kesan-kesan bencana tsunami.

Oleh kerana Museum Tsunami Aceh hanya buka pada jam 2 petang selepas solat zuhur, kami mengisi perut di Rumah Makan Aceh.

Aku sangat suka senibina Museum Tsunsmi Aceh. Unik dan Gah. Namun, kuratornya biasa-biasa sahaja. Tayangan dokumentarinya tidak memberi impak seperti yang diharap-harapkan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa foto yang meruntun jiwa.
Bendera negara-negara yang membantu membangunkan Aceh
Senibina Museum Tsunami Aceh
Museum Tsunami Aceh
Di belakang muzium ini, terdapat kubur-kubur lama penjajah Belanda, yang dikenali sebagai Peucut Kerkhof. Dikhabarkan kira-kira 2,000 askar Belanda telah terkorban dalam peperangan Aceh.

Tsunami tour diteruskan dengan persinggahan di Situs Tsunami PLTD Apung. Dengar khabar, pihak berkuasa sedang berusaha untuk menjadikan kawasan ini sebagai salah satu World's Heritage Sites.
Kapal seberat 2,600 tan hanyut dibawa bah tsunami sejauh 5km
Berdiri di pintu masuk Situs Tsunami PLTD Apung
Aku secara peribadi menganggap struktur batu ini adalah antara peninggalan sejarah yang paling hodoh yang pernah aku lawati. Ia dipanggil Gunongan, satu taman buatan yang dibuat oleh Sultan Iskandar Muda untuk isterinya, seorang puteri yang berasal dari Pahang, Malaysia. Ia dibina untuk menghilangkan kerinduan sang isteri terhadap kampung halaman. Taman ini dibina kurang lebih 40 tahun sebelum Taj Mahal.
Gunongan yang juga dikenali sebagai Taman Putroe Phang 

59 orang dikatakan telah berlindung dalam kapal ini semasa bencana tsunami

Masjid Raya Baiturrahman
Menara Masjid Raya Baiturrahman
Post a Comment