Friday 30 January 2015

Hari kedua di Pulau Weh, Aceh

Kami mulakan hari kedua dengan bersarapan di Kedai Aneka Ria. Aku cuba nasi lemak dan kopi O. Nasi lemaknya berbeza dengan versi Malaysia. Nasi dihidang bersama-sama kerepok ikan, kriuk, kacang dan sambal yang rasanya pekat bak sambal belacan. Aku tambah rendang ayam sebagai lauk tambah. Harga nasi lemak ialah 15,000 and kopi Acehnya 4,000.

Tepat jam 9 pagi, Pak Jaffar sudah sedia menunggu kami di hadapan hotel. Perhentian pertama kami adalah KM0. Di sini adalah awal sempadan Republik Indonesia. Pemandangan laut dari tebingnya sangat indah dan mendamaikan. Tiada bayaran masuk. Dan terdapat deretan kedai-kedai yang menjual makanan, minuman dan ole-ole.
Kilometer Nol
Pemandangan dari tebing Kilometer Nol
Tugu lama Kilometer Nol
Perhentian kedua adalah Iboih. Ini adalah tumpuan untuk scuba divers. In shaa Allah, kalau diizinkan Allah taala, aku ingin ke sini semula untuk buat scuba diving

Pantainya bersih dan lautnya jernih, memang cocok untuk aktiviti snorkeling juga. Terdapat beberapa resort yang sesuai mengikut bajet masing-masing. Berdepan dengan pantai Iboih, ada sebuah pulau yang dipanggil Pulau Rubiah. Nama Iboih diambil daripada seorang lelaki tempatan di situ dan Rubiah adalah isteri beliau.
Kedai runcit yang dipunyai oleh seorang wanita tempatan
Pantai Iboih tatkala air surut
Salah satu penginapan di Iboih
Perhentian ketiga adalah Gapang, satu lagi tumpuan untuk aktiviti pantai. Akan tetapi selenggara kawasannya kurang terjaga. Terdapat beberapa resort di sini, termasuk Lumba-Lumba, yang diusahakan oleh pasangan daripada Belanda.

Kami sempat berborak dengan seorang wanita dari Jakarta yang berkahwin penduduk tempatan. Beliau cukup mengagumi Malaysia, dan menanam hajat untuk ke Kuala Lumpur.



Kami segera balik untuk mengejar solat Jumaat.
Pantai Gapang di sebelah kanan 
Pantai Gapang di sebelah kiri
Perhentian keempat adalah Sumur Tiga. Satu lagi tumpuan untuk aktiviti pantai. Pantainya putih, masih tidak terusik.
Pantai Sumur Tiga
Pohon-pohon kelapa di pantai Sumur Tiga
Perhentian kelima kami adalah Kubu Jepang. Kawasan berkelah seisi keluarga dan kaki pancing.
Pemandangan laut dari tebing Kubu Jepun
Penduduk tempatan berkelah di Kubu Jepun
Perhentian keenam kami adalah Masjid Agung Sabang dan Bulatan Sabang. Senibinanya lain sedikit daripada masjid-masjid di Banda Aceh tetapi kubahnya tetap diwarnakan dengan warna gelap.
Masjid Babussalam yang juga dikenali sebagai Masjid Agung Sabang 
Bulatan di Kota Sabang
Perhentian ketujuh kami adalah Taman Ria dan Kantor Walikota.
Tugu peringatan di Taman Ria, Kota Sabang
Kantor Walikota Kota Sabang
Pak Jaafar menghantar kami pulang ke Hotel Citra tika azan Maghrib baru dilaungkan. Kami rehat seketika, mandi dan solat sebelum keluar semula untuk makan malam.

Sebelum pulang ke hotel, kami pusing-pusing Kota Sabang melihat suasana malam. 

No comments: