Sunday 1 February 2015

Hari keempat di Aceh (hari kedua di Banda Aceh)

Hari ini, aku cuma ingin eat and shop.

Sudah empat hari di sini, aku dapati Aceh is not a food haven. Untuk sarapan pagi, kebanyakan penduduk Aceh makan nasi putih bersama sup sapi dan sambal hijau. Satu lagi alternatif adalah, lontong.

Selepas sarapan, kami mundar mandir di kawasan sekitar Hotel Siwah. Banyak juga kedai-kedai yang menjual ole-ole tetapi kebanyakan adalah produk berasaskan tas tangan atau beg wanita. Pilihan untuk fridge magnets tidak banyak.

Kami naik becak untuk ke Hermes Mall, pusat membeli belah utama di Banda Aceh. Tiada yang menarik, umpama Ampang Point. Aku sempat juga membeli pakaian untuk anak-anak buah, dan juga sepersalinan untuk diri sendiri.

Dalam perjalanan balik, aku singgah di supermarket untuk membeli roti and pastries untuk kudapan dalam bilik sambil tonton saluran Macau TV.

Malamnya, kami ke food court berdepan dengan Hotel Medan.

Tak sabar yang pulang ke tanahair.

No comments: