Monday, 8 July 2013

Pedihnya di pagi buta

Aku tak tahu nak kategorikan apa post hari ini. Cuma aku harap tak ada yang loya membacanya.

Pernah tak korang kena paper cut? Tangan atau jari yang dilukai dengan bucu kertas. Sakit kan! Aku pun selalu juga kena, terutama kalau cuba nak masukkan kertas dalam mesin pencetak atau photocopy machine. Tak pun kalau sedang distribute handouts! Sakit tapi terpaksa control macho sebab depan orang ramai.

Pernah tak korang kena hiris jari? Sakin kan! Aku pun pernah juga alaminya ketika mengupas mangga kuini atau kentang. Itu bahananya kalau tak suka gunakan peeler. Apa reaksi spontan korang? Picit jari dan sedut darah ke?

Pernah tak korang tergunting ketiak? I don't to elaborate, nanti ada yang muntah pula. Aku cuba-cuba nak trim bulu ketiak dengan gunting. Tiba-tiba tergunting kulit ketiak aku. Sakit okey!!! Tu lah, orang suruh cabut, dia gatal-gatal nak gunting. Hah, rasakan!

Bertambah pedih apabila aku mandi pagi ini. Dan lagi pedih apabila aku semburkan deodorant ke tempat luka itu. Arrrggghhh!!! Masa tu baru teringatkan Mak di rumah :(
Post a Comment