Monday 8 August 2011

Pengumuman Kembali ke Rahmatullah Timbalan Gabenor Dato' Mohd Razif Abd Kadir

by Jabatan Komunikasi Strategik, Bank Negara Malaysia
08 August 2011 04:00 PM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dukacita dimaklumkan bahawa Timbalan Gabenor, Dato' Mohd Razif Abd Kadir telah kembali ke Rahmatullah pada petang ini.

Warga kerja Bank yang ingin menziarah jenazah dan keluarga Allahyarham boleh ke Masjid Al-Ghufran, Kompleks Balai Islam, No. 6C Jalan 4/71B Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada petang ini.

Bersama-samalah kita mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan beliau ditempatkan bersama golongan yang soleh.

Al-Fatihah.

No comments: