Friday, 19 August 2011

Alat Untuk Mewangikan Kentut?

Aku terima e-mel ini daripada Ieda Hassan, yang telah menerimanya daripada Izal Tamrin. Ada berani?

E-melnya adalah seperti berikut:


Macam-macam rekaan orang. Ini adalah contoh kes terlebih kreatif! Kentut pun boleh buat duit sekarang.



Alat ini dinamakan sebagai peredam kentut. Ia dicipta oleh seorang lelaki dari Wuhan, China. Diperbuat daripada plastik lembut dan kenyal, alat yang berbentuk tabung ini perlu dimasukkan ke dalam lubang bontot. Hujung tabung yang satu terbuka dan hujung yang satu lagi memiliki lubang-lubang kecil. Sedikit minyak wangi perlu diletakkan ke dalam alat tersebut supaya kentut yang keluar kemudiannya menjadi wangi dan harum.

Post a Comment