Thursday 11 August 2011

Iftar with DFE Staff Club

Setiap tahun, ini adalah acara kemestian kelab. Kalau tahun lalu ia diadakan di KGPA, kalau ini acara banyak makan ini diadakan di Hotel De Palma Ampang. The hotel claimed that it's a shariah compliant hotel. Hmmm... I reserve my comment on that. Nanti ada kena serbu pula!

Terima kasih daun keladi kepada kelab yang telah memberi subsidi sebanyak RM20, maknanya seorang cuma bayar RM48 sahaja. Alhamdulillah, tapi sebelum ada yang teriak pasal subsidi tu nanti, bukannya macam subsidi yang kerajaan selalu canang dan ungkit tu, sebab RM20 itu pun datang dari duit kutipan setiap bulan, sejak aku mula kerja di jabatan ini.

Persekitaran majlis buka puasa di De Palma Ampang adalah cozy, memandangkan ia diadakan di ballroom instead of their coffee house. Jadi, suasananya kurang lebih seperti majlis makan malam. Dekorasinya pun bersesuaian.

Makanan? It served quite a reasonable spread. Ada selera kampung, ada middle eastern, south asian dan juga oriental taste. Aneka juadah. Tapi yang aku ulang makan adalah masak lemak siput sedut. Cuma kuahnya kurang pekat. Gulai daging salainya adalah juadah yang terbaik pada malam itu. Berpadanan dengan masak lemak pucuk ubi. Macam nak makan masak asam ikan terubuk tapi nampak macam cair. Pendek kata, berbaloi juga lah berbuka di sana, ada kambing panggang tapi aku tak makan kambing. So, cannot share with you how it taste.

Ada persembahan nyanyian daripada satu grup ghazal. Ketua kumpulannya sangat expressive and annoyingly entertaining. Reminds me of Fazura dalam Pisau Cukur, annoying yang likeable! Is there such thing as that? He even menjogetkan an english song, a familiar song but I cannot recall its title.

Ada kuiz lagi dan dua orang rakan pejabat aku menang!

Satu lagi yang best berbuka di sana, pihak hotel menyediakan Imam Muda untuk mengetuai solat terawih.



Alhamdulillah, berbaloi berbuka di situ. Thanks Jun and DFE Staff Club for organising it for us. Terima kasih daun keladi.


p/s: Happy birthday Nazrol and Ija Salleh. Moga murah rezeki, berkat usia. Aamin.

No comments: