Monday 22 August 2011

Mc Sahur

Ini kali pertama aku bersahur di luar pada ramadhan tahun ini. Pada mulanya, perjumpaan ini berlangsung di kediaman Mus, untuk acara buka puasa. Oleh kerana kesuntukan masa, ada yang perlu balik awal untuk pelbagai alasan, kami rancang untuk teruskan sembang-sembang ketika sahur nanti.

Ada beberapa perkara yang aku pelajari di acara ini.

Pertamanya, meraikan teman. Ada yang membangkitkan kenapa aku bersahur di McD? Bukankah aku anti perlambangan imperialisme moden seperti Mc Donald's dan Coca Cola?

Pendeknya, aku masih berhati-hati dan peka tentang hal ini. Tetapi aku juga telah pelajari peri penting menghormati teman dan 'tetamu'. Kerana ada hadith yang riwayatkan kurang lebih, kalau kita berpuasa, dan kita mendapat undangan kenduri, kita diharuskan berbuka dan menerima undangan itu. Tetapi aku percaya ini tidak terpakai ke atas puasa wajib iaitu puasa di bulan ramadhan.

Dalam hal ini, sekiranya kesemua kawan kita inginkan McD, berbanding kedai makan mamak dan sebagainya, I think it would be a bit self fish for my side to insist NO McD? Don't you think so?

Aku cuba istiqamah dengan memesan bubur dan secawan milo panas dan teh o panas.

Keduanya, aku juga pelajari bahawa apa yang aku syak sebelum ini benar belaka. Ada beberapa individu dalam Geng KY melakukan pelbagai aktiviti, tanpa mempelawa aku dan kadang kala, Mus. Aku syak mungkin salah seorang daripada mereka tak selesa dengan kehadiran aku.

Aku sebenarnya tak sentap pun kerana memang selama ini aku percaya sepenuhnya tentang hak berkumpul dengan selesa dan gembira. Dan kita semua sedar tidak 100% orang menyukai kita, Rasulullah pun tak semua suka dan sayang, inikan aku.


Cuma persoalannya, wajarkah kita bersyak wasangka, wajarkah selindung berselindung?


Hmmm...


Ketiganya, apabila kita berkongsi luahan rasa dan pandangan dengan teman-teman, sedikit sebanyak mengukuhkan sifat toleransi sesama kita. Biar semana kontroversi ataupun dangkal sesuatu pendapat itu, apabila disuarakan dalam kumpulan yang mempunyai silaturrahim, sedikit sebanyak, setiap seorang cuba belajar memahami. Tidak semestinya, bersetuju dengan empunya badan, tetapi lebih memahami. That's the power of sharing.


Terima kasih Geng KY for another meaningful gathering. Alhamdulillah.

No comments: