Sunday, 29 May 2011

Indahnya Tengahari Di Padang Temu

Kami baru pulang dari majlis perkahwinan di Serkam Pantai. Pengantim lelaki adalah adik kepada kawan aku yang paling vogue di Melaka, siapa lagi kalau bukan Aidil.

Aku, Ed, Fendy, Nazrol dan Chuckie berhenti di Coconut Shake Padang Temu. Aku dan Fendy layan air kelapa seorang sebiji. Yang tiga lagi berjamu dengan coconut shake. Menurut Fendy, laksa nyonya di sini best! Tapi tiada yang mencuba pun. Lagipun aku tak makan laksa sebab baunya tidak sesuai di hidung ini. Kecuali laksa sarawak sebab tidak menggunakan ikan tetapi udang. Jadi baunya tak se'busuk' laksa yang lain-lain.
Post a Comment