Sunday 13 February 2011

Hari ahad yang panas

Panas, hari ini betul-betul panas. Nasib baik aku sudah melunaskan urusan belanja runcit di awal pagi. Jika tidak, haruslah ditunda lagi. Balik sahaja dari Tesco Ampang, aku tanam hajat untuk duduk ontok-ontok di rumah. Mungkin menyudahkan basuhan pakaian yang penuh sebakul.

Kemudian, Faizal menefelon. Mengajak aku ke majlis perkahwinan anak saudara Wok. Allah... aku bab-bab majlis kahwin ini, susah sikit. Lebih-lebih lagi, majlis yang diadakan di dewan-dewan besar, yang punyai protokol yang bukan-bukan.

Lebih kepada kasihan kepada Faizal, aku pun memberi persetujuan.

Tertangguhlah nampaknya hasrat aku untuk ke kiosk Digi untuk menukarkan pelan telefon tangan aku. Aku berura-ura untuk menukarnya kepada pelan Digi. Dan mungkin juga ingin ambil pelan internet jalur lebar juga.

Nak tunggu pakej UNIFI, tak kunjung tiba pun di kawasan perumahan aku. Kalau ikutkan perancangan awal, bulan Disember 2010 sebetulnya sudah sampai. Tak ada rezeki aku kot.

Harap-harap, esok tak ramai di pejabat. Boleh aku siapkan beberapa tugasan dengan tenang dan tanpa gangguan.

Hari selasa nanti, aku terlibat dalam perarakan Maulidur Rasul. Aku perlu betulkan niat. Niat patut dipusatkan kepada rasa rendah diri untuk menghayati sirah hidup Nabi Muhammad saw, bukannya untuk dapat sepersalinan percuma. Ya Allah, Kau hindarikan segala kemungkaran dari diri ini, dan jauhikan prasangka yang tidak baik dari hati ini. Aamin...

Salam Maulidur Rasul buat semua, semoga kita mendapat syufaat daripada baginda di akhirat kelak.

No comments: