Thursday 30 April 2009

Jakarta, oh Jakarta!

Here are some pictures taken in Jakarta.

Sampai sahaja di Stesen Gambir, Jakarta, aku dan Ija ke Monas atau nama penuhnya, Monumen Nasional. Mengikut apa yang tertulis dalam brochure, Monas adalah pusat istirehat/rekreasi/park paling sentral dan utama di Jakarta. Ia adalah simbol perjuangan dan kelangsungan bangsa Indonesia seperti yang sedia difahami dengan replika obor gergasi.

Kemudiannya, kami ke Blok M dan Plaza Indonesia untuk membeli belah. Dalam pada itu, kami tersesat ketika berusaha mencari Hard Rock Cafe Jakarta.

Nyata sekali, Jakarta adalah sebuah kota yang padat dan sesak.
Biarpun ia tidak semoden Kuala Lumpur, namun aku impressed dengan usaha pihak berwajib di sana berusaha menangani masalah kesesakan lalu lintas.
Banyak yang boleh dipelajari daripada sistem Busway, terutama daripada perancangan dan pelaksanaannya.

Yang pasti, lawatan singkat aku ini membuktikan Jakarta bisa untuk day trip.
Enjoy those pictures of Ija and I.






p/s: I think it's about time to get a new digital camera!

Wednesday 29 April 2009

Jom naik kereta api, kita pi Jakarta!

After spending a night in Bandung, Ija and I decided for a day trip to Jakarta.
Kami naik kereta api dari Stesen Bandung ke Stesen Gambir, Jakarta. Tiketnya berharga 40,000 Rupiah bagi kelas Eksekutif II. Untuk pulang ke Bandung, kami membeli tiket kelas Eksekutif Agro Gede yang berharga 50,000 Rupiah.

Semua penumpang kelas Eksekutif akan mendapat sebotol air mineral, sepotong kek lapis dan roti. Berbaloi apa! Untuk jarak perjalanan yang kurang lebih 170km, dengan harga sekitar RM13.50 - RM16.85.


We're so happy and pleased with our decision to take train, instead of executive taxi to Jakarta. Alasannya? Lihatlah keindahan yang sempat dirakam dari jendela kereta api, dalam perjalanan kami yang bermula dari pukul 8.45 pagi. Sampai di Gambir, Jakarta kira-kira jam 12 tengahari.


Oleh kerana aku tak naik teksi eksekutif, tak dapatlah aku nak bagi perbandingan yang mana satu lebih bagus. Tapi kalau diambil kira kosnya sahaja, lebih murah seandainya naik keretapi. Aku dan Ija sempat tanya, berapa tambangnya untuk ke Jakarta.


"700 ribu, pak!"


Hmmm... kurang lebih RM117.95, untuk perjalanan kira-kira 2 jam lebih. Itu pun kalau trafiknya lancar.


So, what say you?