Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Sunday, 3 May 2009

Gambar2 Bandung Pulak!

Wanted to go to Tangkuban Perahu, but others were not interested to go there. And it's so MAHAL to go there by myself. So, I just followed them for "shop-till-you-drop"!

Since I did not bring that much money, I just bought a couple of sourvenirs for my parents, siblings, housemate and close friends.

Itu pun habis 3 juta rupiah!

Okeylah, tak nak membebel panjang-panjang. Please enjoy the following pictures.



Wednesday, 29 April 2009

Jom naik kereta api, kita pi Jakarta!

After spending a night in Bandung, Ija and I decided for a day trip to Jakarta.
Kami naik kereta api dari Stesen Bandung ke Stesen Gambir, Jakarta. Tiketnya berharga 40,000 Rupiah bagi kelas Eksekutif II. Untuk pulang ke Bandung, kami membeli tiket kelas Eksekutif Agro Gede yang berharga 50,000 Rupiah.

Semua penumpang kelas Eksekutif akan mendapat sebotol air mineral, sepotong kek lapis dan roti. Berbaloi apa! Untuk jarak perjalanan yang kurang lebih 170km, dengan harga sekitar RM13.50 - RM16.85.


We're so happy and pleased with our decision to take train, instead of executive taxi to Jakarta. Alasannya? Lihatlah keindahan yang sempat dirakam dari jendela kereta api, dalam perjalanan kami yang bermula dari pukul 8.45 pagi. Sampai di Gambir, Jakarta kira-kira jam 12 tengahari.


Oleh kerana aku tak naik teksi eksekutif, tak dapatlah aku nak bagi perbandingan yang mana satu lebih bagus. Tapi kalau diambil kira kosnya sahaja, lebih murah seandainya naik keretapi. Aku dan Ija sempat tanya, berapa tambangnya untuk ke Jakarta.


"700 ribu, pak!"


Hmmm... kurang lebih RM117.95, untuk perjalanan kira-kira 2 jam lebih. Itu pun kalau trafiknya lancar.


So, what say you?

Tuesday, 28 April 2009

Goodbye Bandung, Kuala Lumpur... ini aku kembali!

Aku selamat pulang ke tanahair sebentar tadi, sekitar jam 3.30 petang. Aku satu pesawat dengan Ija Salleh, Izal dan Danny Zulkarnain.

Aku terus telefon Mak aku di Melaka, kerana sebelum ini dia kurang yakin dan berbelah bagi untuk membenarkan aku ke mana-mana kota Indonesia. Alasannya? Cuma Mak sahaja yang tahu, mungkin...

Penat, penat dan penat. Penat berjalan-jalan. Alhamdulillah, aku dan Ija Salleh sempat ke Jakarta. Kota yang sibuk dan sesak. Kami tersesat ketika ingin ke Hard Rock Cafe. Lain yang ditanya, lain yang ditunjuknya. Kami bilang mahu ke Hard Rock Cafe. Tapi arah yang ditunjuk ke pelbagai cafe di Plaza Block M. Alahai...

Okeylah, nanti aku upload gambar-gambarnya esok ataupun lusa. Tunggu ya.