Tuesday 28 April 2009

Goodbye Bandung, Kuala Lumpur... ini aku kembali!

Aku selamat pulang ke tanahair sebentar tadi, sekitar jam 3.30 petang. Aku satu pesawat dengan Ija Salleh, Izal dan Danny Zulkarnain.

Aku terus telefon Mak aku di Melaka, kerana sebelum ini dia kurang yakin dan berbelah bagi untuk membenarkan aku ke mana-mana kota Indonesia. Alasannya? Cuma Mak sahaja yang tahu, mungkin...

Penat, penat dan penat. Penat berjalan-jalan. Alhamdulillah, aku dan Ija Salleh sempat ke Jakarta. Kota yang sibuk dan sesak. Kami tersesat ketika ingin ke Hard Rock Cafe. Lain yang ditanya, lain yang ditunjuknya. Kami bilang mahu ke Hard Rock Cafe. Tapi arah yang ditunjuk ke pelbagai cafe di Plaza Block M. Alahai...

Okeylah, nanti aku upload gambar-gambarnya esok ataupun lusa. Tunggu ya.

3 comments:

Jocko said...

Mak ko, takut ko kena kidnap dek awek INDON koy ???

Zetty said...

sorry i missed the party hari tu. salah tgk jadual sekolah..class hingga pukul 10 malam rupanya.

ukanera arenaku said...

Jocko:
gadis2 bandung semua petite2. takde yg sihat mcm di KL! Wonder aku!

Zetty:
no problemo... jom kita pi karaoke!