Wednesday 17 December 2008

Atok Mustapha

Ketika aku makan malam bersama Mus dan Din di Pandan Jaya, aku sempat menelefon Niza, untuk bertanyakan tentang rancangan bagi bercuti di Pulau Langkawi. Niza kata dia bersiap-siap untuk ke hospital.

"Cakap dengan Abah," ujarnya.

Aku diberitahu Abah bahawa suami kepada mak tiri Abah sedang tenat di Hospital Melaka. Atok Mustapha mengidap penyakit buah pinggang. Kali terakhir aku tengok dia, di majlis perkahwinan Mira. Dia tampak sihat dan sempat membacakan doa selamat buat kami sekeluarga.

Semoga Allah melimpahi rahmat dan meringankan beban sakit yang dihadapinya. Aamin.

Aku rasa aku ada buat salah kepada Atok Mustapha. Biarpun kesalahan itu tidak dizahirkan dengan kata-kata ataupun perbuatan, tetapi hati aku berdetik. Dan aku rasa detik hati pada ketika itu, adalah sesuatu yang tidak baik.

Ya Allah... berilah kesempatan untuk aku minta maaf daripadanya.


p/s: Aku sekarang sedang berkursus di Petaling Jaya. Ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada Juita dan Noris pada 16 Disember dan Kak Liza pada 17 Disember. All the best in your undertakings. May Allah bless you with more rahmat, berkat and joy. Aamin.

1 comment:

Wadi: said...

Dear Hasmiron,

Thanks very much indeed for your lovely thought, e-mail and wish. I am "talking" to Him all day in my prayers, as advised. You take care and have a good day ahead yeah.

Cheers
Noris