Wednesday 31 December 2008

Goodbye 2008, Welcome 2009!

Alhamdulillah, tahun 2008 banyak mengandungi episod manis buat hidupku. Kemuncaknya ialah dengan kejayaan aku menggenggam segulung ijazah lanjutan daripada University of Manchester. Biarpun aku tidak berpeluang menerima skrol Master in Development Finance with Merit di atas pentas Whitworth Hall pada 18 Disember yang lalu, namun aku bersyukur kerana segala usaha dan penat lelah berbaloi jua akhirnya. Alhamdulillah...

Tahun 2008 juga menyaksikan kelibat aku di beberapa buah negara di Eropah Barat dan Asia. Alhamdulillah, di sebalik sibuk membaca, membaca, membaca dan menulis kertas-kertas kerja, aku sempat ke (besides London, which was my second "home" when I was in UK) York, Dublin, Frankfurt, Belfast, Londonderry, Oxford, Singapore, Colombo, Liverpool, Madrid, Toledo, Cordoba, Granada, Barcelona, Brussels, Bruge, Glasgow, Edinburg, Cambridge, Venice, Pisa, Rome, Bremen, Hamburg, Berlin, Loughborough dan Nottingham. Seperti mana yang aku telah maklumkan sebelum ini, Berlin adalah my favourite city in Europe! It is clean, safe and has almost everything, from nightlife to cultural and historical thingy.

Antara yang aku pelajari daripada episod berkelana di tempat orang ialah sistem pengangkutan awam yang cekap serta keunikan setempat adalah kunci kepada kejayaan pelancongan sesebuah negara. Malaysia mempunyai ingredients yang mencukupi untuk menjadi tourism hub di rantau sini, dengan syarat, perbaiki sistem pengangkutan awam, pergiatkan usaha menonjolkan keunikan kita yang tulen (salah satu kekurangan produk pelancongan Singapura!) serta utamakan kebersihan. Insya-Allah, pelancongan bisa menjadi salah satu sumber inflow yang utama.

Selain kejayaan peribadi, tahun 2008 juga memperlihatkan hubungan aku dengan ahli keluarga semakin erat dan lebih matang. Aku mulai bisa berbicara dengan Abah. I've learned my lesson! Now, anything which might not to my liking, I take it as an alternative view from a man who might have encountered the same or similar situation, 20 years plus ago.

Dan kami sekeluarga sempat bercuti bersama-sama. The last time we had a family (including siblings) trip was in 2006, to Kuala Terengganu. The latest one, in fact very recently, we went to Langkawi during the Christmas holidays. Too bad that Fizul, Mira and her husband can't join us.


Talking about Mus, we've just received a new member to our family. Sekali lagi syukur buat Ilahi kerana majlis perkahwinan Mira dan Mus berjalan dengan lancar dan baik. Biarpun aku sedikit kecewa dengan ketidakpulangan Auntie Midah dan Tok Din (bagaimana pun, anaknya iaitu one of my closest cousins, Nurul dapat pulang menghadiri majlis tersebut), kehadiran adik beradik Abah dan Mak serta sanak saudara yang lain benar-benar memberi erti kepada kami sekeluarga. Terima kasih kepada yang membantu menerusi kudrat dan wang dan yang mendoakan kelancaran majlis tersebut. Hanya Allah yang bisa membalas jasa baik mereka semua. Syukur juga, majlis tersebut tidak berakhir dengan hutang piutang.

Tahun 2008 juga adalah tahun di mana aku bebas daripada hutang kad kredit. Biarpun hutang tersebut adalah "angkara" kawan baik aku, tetapi memandangkan aku yang telah memberikan persetujuan untuk dia gunakan kad kredit tersebut, terpaksalah aku bayar sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, puji pujian buat Allah.

Tetapi kami sekeluarga juga kehilangan dua anggota keluarga. Pertamanya, Nek Sokyah yang menghembuskan nafas pada minggu kedua Ramadhan. Keduanya, Atok Mustapha yang telah pergi buat selama-lamanya pada minggu ketiga Disember. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh arwah dan tempatkan mereka dalam golongan yang diredhai. Aamin.

Selain itu, kami sekeluarga diduga dengan satu ujian, yang alhamdulillah, merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga. Semoga Allah memakburkan nazarku.

Aku juga disampaikan dengan berita kurang menyenangkan tentang dua kawan baik aku. Salah seorangnya telah mendapat kerumitan di tempat kerja sementara yang lagi satu telah diduga Allah taala dengan penyakit. Aku doakan agar Allah meringankan bebanan yang dipikul oleh mereka, dan dikeluarkan daripada permasalahan itu. Aamin. Insya-Allah, aku akan memasukkan doa buat mereka, usaha yang termampu daripada aku yang kerdil ini.

Tahun 2008 secara amnya adalah satu tahun yang manis buat aku. Semoga tahun 2009 juga dianugerahi Allah dengan lebih banyak rahmat, berkat dan kegembiraan. Aamin.

6 comments:

Wadi: said...

Dear Hasmiron,

Happy Gregorian 2009 to you! May 2009 will be blessed with enduring success, relentless endeavours and most importantly; great career, health, life, friendship, family and everything. May Allah bless you always.

Cheers
Noris

Mus The Great said...

i pray all the same to you....be good dude!

ukanera arenaku said...

wadi:
thank u very much. the same goes to u too. all the best in ur undertakings.

mus:
can't wait for the march to come. hehehe, can't wait to see the NEW u & azzril.

Mus The Great said...

Wo Wo too much pressure there!...

Brecht said...

dearest badril, happy new year and i hope 2009 brings u alot more success, great health and great travelling opportunities = )
Warmest regards from Belgium
Mush, Brecht & Nora

looka80 said...

badril - happy new year dude. thanks for inviting me (n others) to ur place on new year's eve. it was rather quiet but a lovely evening indeed. hope we cld do that more often in 2009 ya. huhu..