Tuesday 23 December 2008

Bersalah... Ops... tidak bersalah!

Selepas episod pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara dan skandal "correct, correct, correct!", ramai yang makin sangsi dengan ketelusan sistem perundangan Malaysia.

Betulkah sistemnya sudah bobrok?

Sebelum pagi hari ini, aku pun hampir-hampir tergolong dalam kumpulan yang was-was ini. Tetapi, apabila aku baca berita di muka surat 2 akhbar The Sun, mula terdetik keraguan tentang ketidakyakinan aku kepada sistem perundangan di negara kita.

Terpampang tajuknya, "Porn VCD case - Court acquits ex-air steward"!

Hakim P. Nallini berpendapat hukuman 18 bulan penjara ke atas Mohd Rizal Mat Yusuf untuk pertuduhan membuat dan mengedarkan VCD yang mengandungi adegan-adegan seks melampau di No. 12, Jalan Sri Banang, Taman Sri Andalas, Klang di antara tahun 1999 dan Mei 2003, adalah "a failure of justice".

Aku tak mahu mengulas panjang kerana berita ini boleh dibaca di dada-dada akhbar, tapi tidakkah ini satu lagi bukti bahawa masih ada lagi keadilan di mahkamah-mahkamah kita? Hehehe...

Apa-apa pun, tahniah untukmu, pramugara terlampau!

1 comment:

Brecht said...

U share such interesting insights to the news scene in Malaysia, macam baca tabloid lah kalau i mai sini hehehhehe, thx for sharing nonetheless B! We wish u a successfull 2009, hope to see u in Europe ye.... kalau nak mai Ghent, jerit kuat2 kita boleh sambut kedatang Tuan B dengan lengkap;) hehehhehe