Sunday, 7 July 2013

Bila Gambar Berbicara 2


Ada satu lagi gambar lama.

Gambar ini kalau tak silap aku diambil pada tahun 1983.

Dalam gambar ini, abang Janjan (Shalizan Sabtu) sedang mendukung Lia. Tembam betul Lia semasa bayi dahulu dan rambutnya kerinting lebat. Ada mak saudara yang memanggil Lia Kunta Kinte!

Aku pada ketika itu rongak gigi hadapan dan bersekolah di Tabika Kemas Bachang. Tetapi aku tak habiskan pengajian sebab aku yang mula masuk tabika seawal usia empat tahun, mengadu jemu. Balik-balik benda yang sama dipelajari. Dengan berat hati, Mak pun setuju untuk aku terus berhenti. Tapi, apabila ada sukaneka, aku akan terhendap-hendap tengok kawan-kawan beraksi.

Mak pun perli, "dulu orang suruh pergi sekolah tak nak pergi. Sekarang ni, terhendap-hendap tengok kawan-kawan!"

Di belakang kami tergantung pasu-pasu bunga yang ditanam oleh Nek Mok dan Along Ros.

Pokok itu ialah pokok mangga kuini. Pokoknya masih ada dan masih lagi galak berbuah. Tiap kali teringatkan mangga kuini, aku terkenangkan arwah Nek Mok. Semoga arwah tenang di sana. Al-fatihah.

No comments: