Aku pun tak pasti ini kali ke berapa aku panjat Bukit Tabuh. Apa yang pasti, kali ini adalah pendakian Bukit Tabuh sulung untuk Dr. Hafis, Farhan dan abang Jepp.
Dan seperti biasa aku ditemani oleh Faizal dan Kuril. Cuma isteri Kuril tiada bersama, kerana menjaga anak mereka yang kurang sihat. I hope the child is much better now. Aamin.
Buat yang tidak tahu, Bukit Tabuh terletak berhampiran Taman Melawati dan Gombak. Memanggari empangan Ulu Hangat.
The view is spectacular! Trust me, picturesquely spectacular :)
Dan pendakian kali ini adalah antara yang terpantas, jika tidak paling pantas. Kurang lebih 2 jam 8 minit. Salah satu faktornya ialah kami tidak berhenti untuk bersarapan di puncak Bukit Tabuh, seperti biasa.
Ini kerana Kuril terjumpa najis manusia di tempat biasa kami bersarapan. Memang kurang asam betul siapa yang buat kerja itu. Kalau ia pun, cari lah tempat yang tersorok sikit. Perlu ke lepaskan hajat di tempat laluan orang!!!
Apa-apapun, Bukit Tabuh kekal menjadi bukit kegemaran aku. The view, of course, and another plus point is the possibility of half a day of sweating and you still have time to go for a wedding reception.
Insya Allah, we will try to climb Tabuh East for our next outing. Ada berani? Jom!
No comments:
Post a Comment