Dan dia mempunyai seorang isteri yang peramah dan ringan tangan. Perkenalan kami bercambah, dan kerap kali bertemu dan bertukar khabar dan cerita apabila bersua di Malaysian Hall. Ketika itu, anak mereka cuma seorang iaitu Norman.
Masih melekat kukuh bayangan abang Faizal (kadangkala aku panggil dia, Uncle Faizal) mengangkat Norman yang terlentuk tidur di sofa di Malaysian Hall dan mendokong anak kesayangannya itu masuk ke dalam kereta.
Dan aku juga hampir-hampir membuat keputusan untuk bermastautin di London, setelah berbual dan berbicara dengan beberapa orang akauntan, termasuk abang Faizal. Anyhow, blame the unpredictable British weather!
Tadi, ketika makan malam dengan Busu Azmi, Busu Mizan, Nek Chu, Aizat, my parents and Fizul, terpacul daripada mulut Busu Azmi yang abang/uncle Faizal had passed away about two weeks ago.
Tergamam aku sebentar. Innalillah...
"Sakit apa? Sihat saja bila kali terakhir saya jumpa di London"?
"Sakit jantung," jawab Busu Mizan.
Ya Allah... sesungguhnya abang/uncle Faizal adalah seorang yang baik.
Sorry, kak Nina for my late condolence. I haven't checking my facebook, like... ages! Takziah dari saya sekeluarga. Semoga kak Nina dan anak-anak tabah menghadapi dugaan ini. Dan moga Allah tempatkan roh abang Faizal di kalangan orang-orang yang diredhai-Nya. Aamin.
Sesungguhnya dia adalah seorang Muslim yang baik. Al-fatihah.
No comments:
Post a Comment