Lama juga tak lepak-lepak dengan geng lama. Bercakap tentang geng (bukan Geng: Pengembaraan Bermula okey!), aku ada banyak circles of friends.
Salah satunya, kawan-kawan Bridge. Kebetulan, petang kelmarin hujan turun dengan lebatnya tika aku sedang bersiap-siap untuk pulang. Sementara menanti hujan teduh, aku mengatur langkah ke cafeteria untuk menikmati segelas teh tarik panas.
Pucuk dicita, ulam mendatang. Kawan-kawan Bridge sedang asyik bermain (baca: berlatih). Aku pun ambil kesempatan untuk menempel, menyaksikan Maya, Ali, Sharil dan Jocko berlatih permainan yang kalau orang tak tahu, mereka akan panggil, makan pakau!
Semalam, aku ke perpustakaan untuk menyaksikan Perdana Menteri baru mengumumkan barisan kabinet baru.
Terjumpa pula dengan seorang lagi geng lama, iaitu Geng Sport's Meet. Aizuddin adalah antara yang berjaya memujuk aku untuk menyertai temasya sukan anjuran syarikat aku. Dia, yang dahulunya langsing, merupakan salah seorang pelari untuk pasukan aku. Tetapi, setelah berumah tangga ini, aku tak rasa dia boleh lari selaju dulu.
Apa khabar agaknya, Geng Sport's Meet yang lain seperti Rujhan, Shahrul dan Zalmi. Tapi Zalmi ada juga aku temui ketika bersandai dengan Geng Bridge kelmarin. Cuma, gambarnya lupa aku tangkap!
Bercakap tentang barisan baru kabinet, aku rasa pelantikan Dato' Seri Mustapha Mohamed sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri adalah sangat tepat. Cuma, ketiadaan KJ dalam kabinet Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, mungkin kurang umph kerana aku berpendapat perlu ada seorang Menteri yang berkarakter "pendesak" untuk mewakili kaum muda belia.
Mungkin juga PM ada rencana lain buat KJ yang memerlukan komitmen yang jitu tanpa beban tugasan-tugasan di kementerian.
Semalam juga, aku ambil kesempatan ke Sogo dengan dua orang lagi kawan baik daripada Geng Pejabat - Rina dan JJ dengan hajat untuk membeli belah. Memang menaruh hati untuk membeli sepasang dua baju kemeja. Tapi orang lain yang pasang hajat, orang lain yang bocor dompetnya. Hehehe... Sorry, girls... kadang-kadang, bila datang angin kus-kus, memang susah sikit nak buka dompet. Belik sana, belik sini, semuanya tak berkenan di hati. Janganlah serik nak ikut aku pergi shopping lagi ya...
And thanks, JJ for the lovely dinner at a Thai restaurant. Yum... yum... yummy! Terima kasih daun keladi, belanja-belanja lah lagi. Dan moga murah rezeki...
Insya-Allah, esok aku dan beberapa orang kawan akan berkelah di Pantai Klebang, Melaka. Pada mulanya, kami rancang untuk buat BBQ Party@Beach. Tapi, lepas seorang demi seorang tarik diri, keinginan nak panggang ikan ataupun makanan laut pun lesap. Sekarang ini, yang betul-betul ingin pergi ialah Maya (yeap, from Geng Bridge), Fina and two male friends of Fina.
Malamnya, kami bercadang untuk ronda-ronda, mengenali kecantikan dan keindahan Bandaraya Warisan Dunia, tak lain tak bukan... Melaka! Aku ingat nak ajak mereka menyusuri Sungai Melaka, selepas ke Jonker Walk. Ke, nak bawa mereka ke Zoo Melaka kerana dengar khabar the night zoo is worth visiting! Or lepaking @Dataran Pahlawan.
Wait a minute, didn't my sister and her husband invite me to their housewarming kenduri, did they?
Kwang, kwang, kwang...
2 comments:
ala, snap gambar i curi2! huhu..
okey lah tu, mya. candid gitu!
:)
Post a Comment