Sunday, 29 March 2009

Sintok & Graduation

Ini kali kedua aku ke sana, dan kali kedua juga aku menghadiri majlis konvokesyen di IPT tempatan.

Aku bandingkan kedua-dua majlis tersebut dengan majlis graduasi di University of Manchester. Beza, memang berbeza!

Yang satu itu, berlangsung lebih dari tiga jam dan yang satu lagi kurang lebih sejam setengah.

Yang satu itu, terdapat beberapa perarakan masuk dan keluar. Ada perarakan perdana, ada perarakan kakitangan, ada perarakan untuk para pelajar. Yang satu lagi, cuma ada satu sahaja perarakan masuk iaitu Chancellor dan Senat.

Aku tak mahu katakan yang mana satu majlis konvokesyen IPT tempatan dan yang mana satu majlis graduasi University of Manchester. Biar korang yang putuskan sendiri.




Satu lagi yang menarik perhatian aku ialah kewujudan gerai-gerai yang menjual jambangan bunga selain cenderamata dan juadah. Pendek kata, bagaikan pesta.

Aku sebenarnya kurang gemar dengan suasana pesta sebegini di pusat ilmu. Kenapa? Tak ada class! Tapi jangan salah anggap dan jangan cepat melatah.

Biarpun di majlis graduasi aku di Manchester dulu ada beberapa orang pelajar Asia yang dengan gembira dan bangga mempamerkan jambangan bunga yang diterima daripada orang yang tersayang, tetapi rata-rata yang lain cuma mendapat salaman yang kemas sebagai ucapan tahniah, selain kucupan di pipi ataupun pelukan kemas.

Mana yang lebih aku suka? Tentunya salaman ataupun genggaman tangan yang kemas, ataupun dakapan kasih sayang daripada orang-orang yang tersayang. Sebabnya? Kerana tiada perantaraan di antara yang memberi tahniah dan yang menerima tahniah. Girang dan gembira daripada seorang insan kepada seorang insan lain.

Sedangkan apa yang aku saksikan di Sintok, ada juga kegirangan yang terbit tetapi aku tidak tahu sama ada kegembiraan itu di atas sebab pemberi ataupun jambangan bunga itu sendiri? Mungkin, lain orang lain rasanya.

Berbalik kepada pesta juadah dan barangan cenderahati yang dijual sepanjang majlis konvokesyen berlangsung, percayalah... tiada apa yang boleh dibangga dengan mutu makanan dan minuman yang dijual. Terasa seperti dirompak dua kali, bila tiba waktu hendak membayar.

Sepatutnya di gedung ilmu, setiap transaksi dijalankan dengan standard yang memberangsangkan. Tetapi, sayang seribu kali sayang, segala butir etika perniagaan yang terkandung dalam kitab-kitab ilmu peniagaan dan perdagangan seperti teori 4P, hanyalah angan kosong semata-mata.

Itu belum diperincikan tentang barangan tiruan yang dijual di dalam kawasan gebung ilmu!

Entahlah... mungkin benar kata pepatah kita, lain padang lainlah belalangnya. Aku makin risau untuk pergi lagi ke majlis konvokesyen IPT tempatan, lebih-lebih lagi, majlis adik lelaki aku semakin menghampir!


4 comments:

looka80 said...

badril - kekwat..!

Noraidalin Buang said...

Bro, memang banyak perbezaan antara negara maju dan negara membangun. Mentaliti rakyat Malaysia mungkin 30 tahun terkebelakang, tetapi orang yang tidak pernah menjejak kaki ke negara asing yg maju tidak tahu yang mereka telah jauh ketinggalan zaman, terutama dari segi pendidikan. Pemerintah lebih mementingkan ukuran fizikal untuk mendefinisi taraf negara maju e.g. bangunan, jalanraya, etc. Kita semua tahu yg ukuran pemikiran melalui sistem pendidikan adalah sebenarnya garis ukur yg paling bagus. Malang sekali...mungkin kita dengan apa yg kita mampu boleh tolong tunjuk ajar orang yg kita boleh pengaruhi bagaimana utk menjadik rakyat yg setaraf dgn negara maju. Adios...

ukanera arenaku said...

sham:
kekwat ke? ops...

Noraidalin:
thanks for sharing with us your 2 cent.

Noraidalin Buang said...

Dulu, aku naik bas henti2 kat uni in US, driver mat salleh walau bersilih ganti gerenti akan tegur aku bila naik bas - "Good morning", "Hello", etc" sambil tersenyum, dan kalau nak turun - "Have a nice day/weekend", "Enjoy your holiday", etc...Ohh..I really miss those days..cuba tengok driver bas kat Malaysia nih..huhu...Hah, itulah mentaliti namanya. Socializing across borders. Maybe aku tulis blog aku lah lagik panjang on this topic..