Pada mulanya, aku berhajat hendak pulang ke Melaka, malam tadi selepas balik dari pejabat. Tapi, aku dikejutkan dengan berita tentang rakan sepejabat aku dimasukkan ke Gleneagles Ampang, dan telah menjalani satu pembedahan pada pagi semalam. Aku bergegas pergi melawat bersama-sama Faizal dan Ija Salleh. Alhamdulillah, segalanya selamat. Take a good rest and get well soon...
Aku sampai ke rumah ibu bapa aku pagi tadi, sekitar jam 11 pagi. Mak, Lia dan Niza sedang menyiapkan bahan-bahan masakan untuk kenduri "housewarming" buat Mira dan Mus, yang dijadualkan pada malam ini, selepas solat Maghrib. Menurut Abah, majlis ini dibuat kecil-kecilan dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Sekarang ini, aku di MITC sedang melayari internet. Mak suruh aku carikan kursus MLVK untuk Lan, yang berhajat untuk sambung belajar dalam jurusan otomotif. Tapi, Mak mahukan kolej yang berdekatan dengan rumah. Nampaknya, mak belum bersedia untuk berjauhan dengan buah hati pengarang jantungnya ini!
Aku tertarik dengan kursus MLVK yang dikendalikan oleh Kolej Yayasan Melaka. Alhamdulillah, pilihan ini menepati kriteria yang Mak tetapkan. Semoga perancangan ini berjalan dengan lancar, insya-Allah...
Sebenarnya, aku memang sudah syorkan Lan untuk mengambil kursus ini selepas dia habis menduduki SPM setahun lebih yang lalu. Walaupun dia menunjukkan minat, tetapi minat dia untuk memegang duit sendiri lebih meluap-luap. Itu sebab aku dan adik beradik yang lain, meyakinkan Mak dan Abah agar menerimanya.
"Tak baik paksa-paksa dia. Biarlah dia rasa susah payah mencari duit. Insya-Allah, akan timbul kesedaran untuk memajukan diri agar dalam mencari rezeki lebih dengan kelayakan yang lebih juga."
Aku ingat kata-kata Lia, ketika dia cuba menyokong aku dalam menenangkan Mak dan Abah yang benar-benar terperanjat dengan keputusan Lan.
Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan. Semoga, susah payah dia bekerja dengan gaji sebanyak lapan, sembilan ratus Ringgit, bisa menguatkan azamnya untuk mengejar kemahiran yang lebih tinggi.
Esok, aku akan kembali ke KL bersama-sama Lia. Pada hari Isnin ini, Lia akan mendaftarkan diri sebagai seorang guru lepasan ijazah terlatih di Jabatan Pendidikan Selangor. Aku tak tahu kenapa aku begitu excited dan tak sabar-sabar untuk menanti kehadiran Isnin.
Harap-harap aku tidak sesat!
p/s: Happy belated birthday to Rezuan Mat Yasin. All the best in your undertakings. May Allah bless you with more rahmat, berkat and joy. Aamin.
4 comments:
badril - ko cuti ari senin ke? bestnyer...
Lia jadi cikgu aper?...alhamdullilah dapat selangor jer....
sham:
cuti yang tak cuti. mati kutu kat seksyen 7 shah alam ni! nasib baik jumpa cyber cafe!
mus:
we're all worried, kot2 dpt sabah or swk. she will be teaching in subang jaya.
Thanks for the birthday wish. FYI, awal lagi. actually on 21st but its OK.. :)
Post a Comment