Minggu hadapan, Kuala Lumpur akan menerima sekali lagi kehadiran Puteri Majapahit, yang bakal bercerita tentang kisah cinta agungnya terhadap seorang Laksamana Melayu yang terbilang.
Aku sudah pun menempah tiket untuk pertunjukan sulungnya iaitu pada 6 Februari 2009. Namun, santak kini aku masih lagi ternanti-nantikan tiket tersebut. Insya-Allah, ini kali kedua aku menyaksikan teater muzikal ini.
Hujung minggu depan juga, Kuala Lumpur juga bakal menerima kunjungan barisan perwira daripada beberapa ceruk dunia, untuk beradu kudrat. Ada yang datang dari Thailand, Slovakia, Senegal dan Turki.
Hati ini memang terdetik untuk menyaksikan pertarungan-pertarungan tersebut, yang dijadualkan akan berlangsung di Stadium Badminton Cheras, yang sepelaung sahaja daripada rumah aku. Tetapi, aku telah diberikan tugas untuk mengiringi salah seorang tetamu negara yang bakal tiba pada 7 Februari ini. Dan tugasan ini berterusan sehingga 12 Februari 2009.
Kepada yang lapang, sila-silalah mengisi masa dengan persembahan teater Puteri Gunung Ledang The Musical ataupun hadir ke TM-WMC KL International Muay Thai Challenge 2009.
4 comments:
badril - nak ikut!
jom!
mesti best kan.. nak ituuuttt gakk.. huhu...
jomlah, mya.
tak sabar2 nak join u all pergi dabong, kelantan!!!
Post a Comment