Friday, 5 December 2014

Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Bachang 2014



Kepada yang lapang dan senang pada hari Ahad ini, jangan lupa untuk datang dan memberik sokongan kepada pasukan-pasukan yang akan berentap untuk menjulang Piala Pusingan Cikgu Jaafar Abdul Hamid.

Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Bachang 2014 ini adalah anjuran bersama Belia 4B Pasir Putih dan Pemuda UMNO Cawangan Pasir Puteh, Bachang.

Menurut ketua jawatankuasa penganjur, Encik Hasfizul Hamdan, kejohanan ini terbuka kepada semua belia, terutamanya remaja daripada kampung-kampung di bawah DUN Bachang, tidak kira latar belakang masing-masing.

Jadi... jumpa anda di sana!

Piala Pusingan Cikgu Jaafar Abdul Hamid
Post a Comment