Monday 1 December 2014

Gegar Vaganza

Malam tadi buat pertama kalinya aku menonton rancangan terbaru Astro Ria, Gegar Vaganza. Konsert ketiga itu menampilkan 11 artis (menurut Mak aku ada 12 penyanyi semuanya, di mana Hasnol telah terkeluar pada minggu kedua) yang pernah mewarnai industri seni suara suatu ketika dahulu untuk membuat "comeback".

Rata-rata penyanyi yang mengambil bahagian tiada daya juang yang tinggi. Malah kreativiti yang cuba diketengahkan agar hambar dan ketinggalan zaman. Pendek kata, masing-masing tiada aura yang memukau.

Jangan salah anggap. Kebanyakan mereka masih boleh menyanyi dengan baik, cuma mereka hanya setakat menyanyi. Yang lebih menyedihkan, ada yang terikut-ikut gaya penyanyi asal.

Tiada usaha-usaha improvasi langsung!

Setidak-tidaknya kita mahu "kelahiran semula" seperti mana Tomok lakukan dalam rancangan One In A Million! Daripada seorang penyanyi yang agak nasal kepada penyanyi yang beraura baharu dan segar.

Mungkin format rancangan ini boleh diperkemas dengan memasukkan kerjasama daripada komposer/penerbit yang prolifik untuk membantu penyanyi-penyanyi ini "berkarya".

No comments: