Monday 8 December 2014

Juara Sulung Piala Pusingan Cikgu Jaafar Abdul Hamid

Pasukan Kaki 3 yang dibarisi oleh Mohd Amin, Mohd Fahmi dan Mohd Raziran
Tahniah diucapkan kepada pasukan Kaki 3 yang telah muncul sebagai Johan di dalam Kejohanan Sepak Takraw Tertutup 2014, setelah menumpaskan pasukan Dedau A. Selain pingat, goodies dan hamper, pasukan ini menjadi pemenang sulung Piala Pusingan Cikgu Jaafar Abdul Hamid.

10 kumpulan belia telah berentap dalam perlawanan kalah mati yang dijalankan pada 7 Disember 2014 di balai raya Kampung Pasir Puteh, Bachang Melaka dan Dewan JAPERUN DUN Bachang. 

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Sapian Abu Sop, Pengarah JASA Melaka.

Tahniah diucapkan kepada kesemua pasukan yang bertanding dan juga kepada pihak penganjur. Semoga kejohanan ini akan menjadi acara tahunan yang dinantikan oleh para belia di negeri Melaka, in shaa Allah.

No comments: