Thursday, 7 February 2013

Tabung Haji Umum 8% Dividen

Alhamdulillah, dividen untuk 2012 yang diumumkan oleh Tabung Haji pada hari ini adalah yang tertinggi setakat ini iaitu 6.5% dividen bersama-sama 1.5% bonus. Ini juga untuk meraikan ulang tahun ke-50 Tabung Haji.

Ini bermakna pulangan daripada Tabung Haji untuk 2012 adalah lebih tinggi berbanding Amanah Saham Bumiputera, sebanyak 8.9% yang diumumkan pada bulan lepas.

Tak percaya? Hehehe, dividen daripada Amanah Saham Bumiputera belum ditolak zakat lagi tetapi dividen daripada Tabung Haji telah ditolak zakat. Sekiranya diambil kira zakat, pulangan daripada Amanah Saham Bumiputera adalah 7.4%.

Dan pulangan ini juga lebih tinggi berbanding Amanah Hartanah Bumiputera, satu lagi alternatif pelaburan yang berasaskan syariah, yang telah mengumumkan dividen sebanyak 6.5% (juga selepas ditolak zakat).

Cuma tak dapat dipastikan sama ada pulangan ini:

  • sebagai pemanis untuk Pilihanraya Umum ke-13; atau
  • petanda keutuhan prestasi kewangan Tabung Haji yang kukuh; atau
  • ole-ole sempena Jubli Emas (sekali ini sahaja).
Apa-apa pun, mari kita berdoa ke hadrat Allah taala agar dipelihara dan dirahmati caruman kita dengan Tabung Haji ini. Aamin.

*********************************************************************


Tabung Haji announces RM2.46b payout for 2012

February 07, 2013
KUALA LUMPUR, Feb 7 — Lembaga Tabung Haji today announced a Golden Jubilee bonus of 6.5 per cent and a special bonus of 1.5 per cent for financial year ended December 31, 2012.
The payment, the highest since its inception fifty years ago, amounted to RM2.46 billion, comprising RM2.13 billion for Golden Jubilee bonus and RM325 million for special bonus.
Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom (picture) said the payment of RM2.46 billion was arrived at after deducting RM47 million for the payment of zakat.
“This is the best anniversary reward from Tabung Haji in appreciation of the loyalty of the depositors who have faith in saving with the fund,” he told reporters after the announcement of the bonus here today.
He said Tabung Haji’s financial position was positive and strong and the reserves accumulated over the last seven years had enabled Tabung Haji to give the depositors the special reward.
For financial year ended December 31, 2011, Tabung Haji declared a bonus of six per cent. — Bernama
Post a Comment