Thursday 24 May 2012

Abang Bomba Beraksi

Atas maklumat daripada orang awam, sepasukan bomba dan penyelamat bergegas ke stesen LRT Bandaraya bagi menyelamat seorang pemuda yang terjatuh.

Cuma tak dapat dipastikan sama ada terjatuh dari platform stesen lrt ataupun terjatuh dari siarkaki di tepi tebing sungai.

Ataupun pemuda itu terjatuh ke Sungai Gombak dan berjaya merangkak naik ke atas tebing. Semasa diangkat ke dalam stretcher, dia tampak sedikit menggigil. Cuma tak pasti gigilan itu disebabkan kesejukan ataupun di bawah pengaruh illegal substance.

Apa-apa pun, kita tunggu saja lapora kejadian ini di dada akhbar esok :)


1 comment:

Awang Hafiz said...

jatuh kat mana tu? atas tebing sungai tu ke? adus patah tulang tu kalau jatuh.