Showing posts with label KLku. Show all posts
Showing posts with label KLku. Show all posts

Thursday, 24 May 2012

Abang Bomba Beraksi

Atas maklumat daripada orang awam, sepasukan bomba dan penyelamat bergegas ke stesen LRT Bandaraya bagi menyelamat seorang pemuda yang terjatuh.

Cuma tak dapat dipastikan sama ada terjatuh dari platform stesen lrt ataupun terjatuh dari siarkaki di tepi tebing sungai.

Ataupun pemuda itu terjatuh ke Sungai Gombak dan berjaya merangkak naik ke atas tebing. Semasa diangkat ke dalam stretcher, dia tampak sedikit menggigil. Cuma tak pasti gigilan itu disebabkan kesejukan ataupun di bawah pengaruh illegal substance.

Apa-apa pun, kita tunggu saja lapora kejadian ini di dada akhbar esok :)


Monday, 16 April 2012

LRT Did It Again!!!


Aku pun tak pasti dah berapa banyak post yang guna tajuk ini. Banyak kot!

Aku betul-betul tak faham, susah sangat ke nak selenggara sistem LRT yang tepat dan cekap untuk larat.
Kalau orang Thai boleh, takkan kita tak boleh. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan perkhidmatan LRT terganggu.
Apakah ini kesan daripada projek yang tidak menjalani proses tender terbuka?

Bukan sikit duit rakyat yang digunakan untuk projek perkhidmatan awam ni! Why must rakyat settled for lousy technology, poor service?

Tak faham ahkak Ogy tau!

Monday, 25 April 2011

TBS @BTS


Akhirnya aku berjaya juga menjejakkan kaki ke Terminal Bas Bersepadu, di Bandar Tasik Selatan.

Aku dan Nazrol menghantar tetamu kami, Nazri dan Aidil ke sana untuk menaiki bas ke Melaka. The terminal looks like an airport. Siap ada balai berlepas lagi! Semoga terminal ini akan diselenggara dengan baik dan diguna orang ramai sebaik mungkin.

Aku pun berhajat hendak gunakannya satu hari nanti. Nak ke mana ya? Takkan balik ke kampung kot? Ada sesiapa yang nak jemput aku bercuti-cuti ke mana-mana lokasi percutian di selatan Malaysia?