Tuesday 13 March 2012

1Malaysia Book Voucher


Aku pun dapat baucar buku yang bernilai RM200 kerana aku seorang pelajar IPT. Baucar buku ini diberikan untuk meringankan beban membeli buku-buku yang semakin hari semakin mahal harganya.

Ada juga sesetengah pelajar yang menjual baucar ini untuk mendapatkan wang tunai. Salahkah tindakan mereka ini?

Pada pendapat aku, pelajar perlu jujur dan amanah. Baucar ini diberikan untuk meringankan beban para pelajar dalam meneruskan pengajian mereka.

Sekiranya, wang itu digunakan untuk perkara-perkara yang mustahak yang membantu pembelajaran mereka seperti membeli makanan yang berkhasiat, alatan tulis ataupun mencukupkan duit untuk sewa rumah, pada aku tidak menjadi masalah. Ini kerana makanan yang berkhasiat dan mencukupi adalah penting untuk para pelajar kekal sihat untuk mengikuti pengajian mereka. Begitu juga dengan sewa rumah, supaya fikiran mereka tidak merewang untuk memikirkan bagaimana untuk melangsaikan sewa rumah. Jadi, mereka boleh belajar dengan lebih tenang dan memfokus kepada pelajaran mereka tanpa diganggu hal-hal lain.

Kerajaan pun telah melonggarkan syarat-syarat yang terikat dengan baucar buku ini. Ia boleh dimanfaatkan untuk apa sahaja bahan bacaan, baik buku ilmiah ataupun bukan ilmiah, serta alatan tulis juga.

Apa-apapun, selamat berbelanja kepada semua pelajar IPT dan jadilah pengguna yang bijaksana.

No comments: