Thursday, 17 July 2008

Sixth Finalist of Beyond P. Ramlee Project

Beyond P.Ramlee
by Zetty


P.Ramlee is almost the common de-facto answers for any aspiring artistes, in particular, singers, actors and movie/drama directors. Next to P.Ramlee, Sudirman is the other favorite answer. Makcik admire P.Ramlee neither for his acting talent nor his singing talent. Or even his directorial talent. Admittedly his songs such as Azizah and Dendang Perantau are still remembered sampai hari ni, kanak-kanak yg lahir selepas pemergian P.Ramlee pun tahu menyayikan serangkap dua lagu P.Ramlee.

Bila penat bekerja, ada jugak suara-suara yg nakal menyayikan bait lagu “Beginilah nasib diriku yg malang…Oh Tuhan!” dari filem Ali Baba. Ada juga suami yg suka mengusik isteri mengulang skrip dari filem Madu Tiga. Pendek kata, P.Ramlee adalah insan yg mampu membuatkan penonton mengukir senyum, ketawa terbahak-terbahak dan mengalirkan airmata seperti filem Penarik Becha, Nujum Pak Belalang dan Anakku Sazali.

Bakat lakonan dan nyanyian P.Ramlee wujud di dalam diri kebanyakan artis di Malaysia ni, jika tidak masakan mereka dipanggil artis kan? Inginkan lawak lucu yg mencuit hati, A.R Badul, Hamid Gurkha dan Allahyarhamah Yusni Jaafar telah melakukannya di zaman kegemilangan mereka. Makcik masih ingat satu babak dalam filem Setinggan arahan A.R Badul di mana Yusni menegur Hamid Gurkha yg baru pulang dari kerja dengan suara jantan kerana Yusni tercekik tongkol jagung. Makcik tersenyum setiap kali teringat babak itu sambil makan jagung.

Ahmad Nawab, Audi Mok, Aidit Alfian, M.Nasir, Habsah Hassan dan Arwah Loloq adalah bukti industri kita tidak ketandusan bakat peggubahan lagu dan penulisan lirik. Lagu dan lirik gubahan mereka mampu membuai rasa, menyetuh jiwa para pencinta lagu melayu. Dan jika ingin disentuh tentang bakat nyanyian, Dato’ Siti Nurhaliza, Sheila Majid, Adibah Noor, Tan Sri S.M Salim, Dato’ Sharifah Aini telah banyak menyumbangkan suara merdu mereka untuk menghidupkan lagu-lagu ciptaan penggubah lagu tempatan.

To view and admire P.Ramlee for his singing, acting or directorial debut adalah satu perkara yg sangat cliche. P.Ramlee should be admired for his innovation! I know I do.

See, P.Ramlee was always ahead of his time compared to his peers like Aziz Jaafar, S.Kadarisman and Aziz Sattar. Itu bukanlah kebetulan kerana P.Ramlee ialah seorang innovator. He created new products from the existing offerings dlm industri filem Jalan Ampas ketika itu and successfully market it. That’s an innovation!

Ketika filem melayu keluaran pre-Jalan Ampas and during era Jalan Ampas banyak berkisar tentang topik cinta atau lawak dari perspective pengarah-pengarah dari/berbangsa India seperti BS Rajhans, BN Rao, V. Girimaji, Diresh Gosh, P.Ramlee muncul menghasilkan Bujang Lapuk trilogy dimana P.Ramlee mengangkat kisah reality kehidupan lelaki bujang di zaman itu dan mempersembahkannya dgn jalan cerita dan babak-babak yg dekat di hati kita. Dan kadangkala ada babak sinis yg membuatkan kita mentertawakan diri sendiri tetapi kemudian terdiam berfikir.

Ketika lagu melayu yg dihasilkan oleh penggubah hanya berkisar sekira nota-nota lagu traditional, P.Ramlee menghasilkan lagu-lagu melayu yg mempunya flavor bangsa luar seperti lagu Bunyi Gitar yg menyerapkan elemen muzik rentak twist.

Pendek kata, bagi makcik...P.Ramlee adalah insan yg istimewa kerana sifat innovation nya!

Sifat yg makcik nampak ada pada Datin Seri Tiara Jacquelina, Yasmin Ahmad dan M.Nasir, Arwah Loloq dan Ahmad Khalid pada masa ini. Memang benar Yasmin Ahmad bukanlah penyayi yg gah, Datin Seri Tiara Jacquelina seorang penulis lirik melankolik yg mampu membuat kita menitiskan airmata ataupun M.Nasir seorang pengarah filem yg telah berjaya mengangkat nama Malaysia di mata dunia (ataupun Bulgaria for that matter *lawak Mila AF hehe. Maaf, I couldnt help it*)

Anyways, Datin Seri Tiara Jacquelina, Yasmin Ahmad dan M.Nasir, Arwah Loloq dan Mamat Khalid shared the same streak, they are innovators! Jika dulu tiada crowd yg ingin berebut membeli tiket teater dan berbondong menjejak Istana Budaya, Datin Seri Tiara telah mengubah semua itu dgn menggahkan budaya teater. Beliau telah menjemput yg terbaik di dalam industri, membuat kajian after kajian dan akhirnya memasarkan Puteri Gunung Ledang kepada segenap lapisan masyarakat yg bukan hanya limited di Malaysia malah Singapura juga. She has single-handedly transformed the theater scene in Malaysia…you know, now it is cool to watch theatre!

Yasmin Ahmad mengangkat common topic – love, to another level. Cinta bukan hanya melafazkan I love you and you love me, it is deeper than that. Relationship between families, friends, all other people around you were well transpired in her movie that infused inter-cultural elements which was the true reflection of kita nowadays – Kita Malaysian bukan Kita Melayu.

M.Nasir dan Loloq tidak hanya menulis dan menggubah lagu cinta leleh, cinta kepada tuhan, makna ke-esaan, hubungan kita dan alam turut diselitkan di dalam lagu-lagu from their collaboration. Lagu 77 jalan bukanlah…

Mamat Khalid bukanlah hanya seorang pengarah filem kampung. Itu adalah pandangan dangkal dari pemerhati industri. In fact, on another note, apa salahnya dgn filem kampung? Filem-filem Ahmad Khalid were always perceived as komedi. Filem komedi yg typically org gelak kosong di dalam kegelapan ketika menonton dan terus melupakan intipati cerita ketika lampu wayang dicerahkan semula. Filem Ahmad Khalid seperti Zombi Kampung Pisang adalah satu filem yg sinis. Filem yg secara halus mencerminkan budaya dan sifat kita yg rakus dan mempersoalkan tentang kesetiaan dan kepercayaan kita.

Dan seperti apa yg P.Ramlee telah berjaya lakukan sebagai true innovator di zamannya, P.Ramlee berjaya ‘memasarkan (to market)’ his ideas and accepted by the public, so did Datin Seri Tiara Jacquelina, Yasmin Ahmad dan M.Nasir, Arwah Loloq dan Mamat Khalid.

Wednesday, 16 July 2008

Guten Tag!

Alhamdulillah, I´m in Berlin, Germany right now. Yesterday, I was in Hamburg and had a lovely time there. Hamburg, the second largest German city is so clean and such a suitable place to relax. Although, it may not have lots of attractions like Barcelona or Rome (I can´t compare it with Berlin because I have yet to explore Berlin). It really reminds me of Frankfurt (but it shorts of skyscrapers) and my beloved city of Melaka.

Insya-Allah, will upload the pictures once I got home.

Okay guys, got to go for my walking tour of Berlin. According to the leaflet, Berlin has some of the most memorable sights in Europe. And I´m so persuaded to help preserve them and the environment by leaving a smaller carbon footprint and going on a walking tour. Hehehe... please tell me you buy that! Have I mentioned that it´s free too and we just tip the guide if we´re generous enough.


p/s: korang rasa ada tak tips from me? Hehehe...

Tuesday, 15 July 2008

Hitam Putih Aznil

Di awal pembacaan artikel tulisan Zack, penulis mati-mati ingatkan ianya satu karya satira. Lebih-lebih lagi, subjek yang diangkat tidak lain tidak bukan, Aznil Haji Nawawi. Antara yang paling sesuai untuk diolah bagi menjadi satu satira hiburan yang pasti menghiburkan.

Akan tetapi, makin dibaca makin meleset harapan yang menggunung tadi. Ketika sudah dibaca separuh artikel tersebut, semakin terserlah kesungguhan Zack mencanangkan kehebatan pengacara yang mulai membina nama dengan rancangan Pop Kuiz ini, seadanya. Tiada tokok tambah yang bisa meyakinkan pembaca bahawa Aznil berpotensi untuk mewarisi kegahan P. Ramlee. Seorang lagi peserta yang mempersia-siakan peluang keemasan untuk bersinar.

Aznil di kaca mata Zack betul-betul sama dengan Aznil di kaca mata Huzz, Zubir ataupun Elyana. Sangat pipih, biarpun tidak seratus peratus.

Sebenarnya tiada salahnya mengilustrasikan subjek seperti Aznil sedemikian rupa. Sekurang-kurangnya, karya yang terhasil tidak judgemental - satu teknik berkarya yang sinonim dengan Osman Ali, cuma mediumnya berlainan. Tetapi, kepipihan bisa mengundang kebosanan sekiranya ianya gagal dinukil sebaik mungkin. Kerana yang cuba dipersembahkan tiada bezanya yang boleh dibaca dalam makalah Panca Indera ataupun Bintang Popular. Tiada elemen tersirat. Oleh demikian, aura Aznil Haji Nawawi tidak mengesankan dan tiada gah.

Satu aspek yang perlu diberikan penekanan oleh Zack ialah ketepatan diksi yang dipilih guna dalam tulisan beliau. Seandainya tidak dijaga, akan timbul unsur-unsur generalisation yang bobrok dan tidak masuk akal. Contohnya, frasa "setiap masyarakat di dunia" dalam ayat "P. Ramlee adalah amat dikagumi oleh setiap masyarakat di dunia terutamanya di Malaysia" sangat mencurigakan. Apa bukti yang Zack ada yang membuktikan bahawa masyarakat di Tibet, Nigeria, Iceland ataupun Peru mengagumi P. Ramlee? Begitu juga perincian tentang Aznil dalam ayat "beliau juga dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat dari pelbagai peringkat umur tak kira anak kecil, tua dan muda" sungguh mencurigakan. Seboleh-bolehnya, perkataan "setiap" dan "segenap" dijauhi, kecuali boleh disandarkan dengan fakta dan hujah bernas.

Namun kenakalan Zack membangkitkan isu homoseksual adalah satu contoh attention grabber yang berkesan. Satu aspek yang kurang diambil berat oleh beberapa peserta yang lain. Dan Zack konsisten dengan stail non-judgemental beliau.

Sayang sekali salah satu kelebihan Aznil iaitu kerelevanan beliau dilepas pandang. Aznil kekal relevan berbanding seorang kawan yang juga "musuh ketat"nya, Azwan Haji Ali adalah kerana Aznil PEKA dengan tuntutan kontemporari, PANTAS membaca reaksi kumpulan sasaran, dan BIJAK memberikan reaksi yang popular dalam bentuk yang tampak SENSASI. Tanpa keempat-empat elemen ini, maka syok sendiri jawabnya!

Secara keseluruhannya, artikel tentang Aznil ini adalah sebuah karangan hitam putih. Yang diketahui hitam, kekal hitam dan yang putih, berterusan putih. Tidak berwarna warni, lantas subjek dalam karangan tersebut tampak biasa-biasa sahaja. Tidak terserlah keistimewaan yang magic. Ianya sedikit "kelakar" gara-gara pemilihan diksi yang tidak tepat. Tetapi, sekurang-kurangnya penulisan Zack tidak melewah-lewah.


p/s: Alhamdulillah, I'm so thankful to Allah that my sister is recovering very well indeed. Currently, I'm in Germany.

Monday, 14 July 2008

O God, please bless my sister with good health...

I just found that my sister has been warded since yesterday and will be undergoing an operation today. My family has been keeping this from me until I called my mother yesterday. As cliche as it may sound, my mother said they all didn't want me to worry so much, alone in a foreign country. And she tried the hard to convince me that it's not a major operation. Nevertheless, she did not say it's a minor one either. Hmmm...

I pray to Allah that everything will go smoothly and safely. Aamin.

My Saturday in Cambridge.

I went to Cambridge yesterday. It was a day trip organised by the Ladybarn House Residents Club and we departed at about 7 am with two coaches.

I was surprised to find out that some of my classmates - Selena (fellow Malaysian from Sarawak), Bolot (Kazakhstan), Daniella (Italy), Brian (Hawaii) and Mohammed (Sudan) were in this trip too. My neighbour and ex-classmate, Ivan was there too.

We arrived in Cambridge around 11 am (yes... it took about four hours by coach!!!) and to my surprise, it's a small town vis-a-vis Oxford. And the buildings didn't look as old as the ones in Oxford and lacks in numbers too.

We did try punting along the canal and trust me it's not an easy task. While all of us failed in our bid to become a punter, Bolot looked like a pro himself!

Anyhow, I totally agree with Lee, Cambridge is such a nice, beautiful and relaxing town. It was indeed a perfect place for students like my former boss. Definitely not for me or Mus or Zetty. Noris, I don't think this place suits you the BEST! hehehe...


Queen's College


King's College
















Let's punting! While I was busy talking picture of others doing the punting, I totally forgot to get someone to shoot me doing it myself. Errr....












Friday, 11 July 2008

Cambridge Trip, Graduation and Happy Birthday, Proton!

I know... I have so many issues for this post.

First of all, it's regarding a trip to Cambridge. I was planning to pay a friend of mine a visit, tentative in early August. Unfortunately, my dissertation is not progressing as per my plan. Therefore, I'm forced to reschedule this trip to a later day.

Although Lee (yeap, he's the subject I'm currently referring) has given a flexibility at his end, but I'm afraid I can't be certain on when the next date would be. I'm totally aware that Lee is indeed a very busy person. More often than not, either he flies to places in continental Europe or frequents to London for a relaxing and enjoyable weekend.

Coincidentally, the resident club of my hall is organising a day trip to Cambridge too! It's this Saturday and costs only 3 pound sterling for an adult. Hmmm...



Let me sleep on it again and hopefully I could make up my mind soon, very soon.

Fendy and Dini will be officially graduating this afternoon. The girl is so clever! She and Sharil got first class while Fendy got 2:1 and all three will be conferred with Master degree in Mechanical Engineering.

Insya-Allah, I'll try my best to be there to celebrate this joyous moment of my adik-adik. Fendy's parents are here together with the parents of Farid (Ayap) and Izwan (Fir). I've met the parents of the latters but not Fendy's.





The above banana split was what I had at Thai Banana, a Thai restaurant opposite my hall. Both Dini and Fendy had nice buffet, not too lavish and too stingy. And it was reasonably priced too.

I hope we could come here again this Sunday. But... I just realised that I've promised to Shamel (my classmate from Syria), Frode (Sweden), Bolot (Kazakhstan) and Fusi (Cameron) that I will join them for a football game this Sunday. Me and football? Hehehe... it doesn't feel right, does it? Oh, my... I'm sure all of them will laugh at my kaki-bangkuness, big time!

Argh... we only die once, aren't we? What the heck!

Oh yeah, last Tuesday was the birthday for Malaysia's national car company, Proton. Happy 23rd Birthday, Proton. I hope Proton will make us proud one day. And I shall wait for that one fine day...

Thursday, 10 July 2008

Fifth Finalist of Beyond P. Ramlee Project

Beyond P. Ramlee
oleh Zack



Bintang lagenda seperti Allahyarham P. Ramlee adalah amat dikagumi oleh setiap masyarakat di dunia terutamanya di Malaysia. Menjalani kehidupan sebagai seorang anak seni dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengarahan adalah amat mencabar disamping menemui kepuasan.

Seperti anak seni yang bernama Aznil Hj. Nawawi dimasa kini boleh juga dilabelkan “beyond P. Ramlee” yang juga punyai bakat dalam bidang seni. Karier utama yang dapat ditonjolkan oleh beliau adalah dalam bidang pengacaraan selain dari persembahan nyanyian dan lakonan. Seperti P. Ramlee, beliau juga dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat dari pelbagai peringkat umur tak kira anak kecil, tua dan muda. Beliau mula diperlihatkan dalam rancangan Pop kuiz pada tahun 1994 yang mana pernah mendapat rating rancangan tertinggi selain dari rancangan melodi. Kini beliau dapat meningkatkan bakatnya dalam mengacara konsert mingguan akademi fantasia dimana beliau dapat mengawal keadaan sekeliling dan emosi para penonton. Tidak lupa juga rancangan “talk show” macam-macam Aznil yang menyatukan pelbagai lapisan umur dan bangsa. Rancangan seperti “Tom-Tom Bak” juga diperkatakan beliau dapat menarik perhatian kanak-kanak dalam pengajaran dan pendidikan supaya dapat berfikir dan berkomunikasi dengan lebih cekap dan kretif.

Menyentuh dalam bidang pengarahan filem, beliau pernah menjadi pengarah bersama didalam filem AKU NO.1 bersama Azwan Hj. Ali, rakan seperjuangan beliau Dalam bidang lakonan pula, beliau dapat membawa watak yang diberikan dengan berkesan sesuai dengan karaktor diri beliau yang begitu mencuit hati. Beliau dapat membuat penonton rasa terhibur dengan gelak tawa selain adengan yang menyayat hati dan sedih. Antara lakonan beliau adalah dalam filem Cicak Man dan Pontianak Harum Sundal Malam II serta beberapa judul drama arahan dan terbitan pihak ASTRO. Lakonan beliau yang bersahaja dan spontan itulah yang dicari-cari oleh segenap pengarah-pengarah drama dan filem di negara ini. Berbekalkan bakat yang sediada dan masih meneruskan perjuangan dalam bidang seni dengan pengalaman suka dan duka yang diharungi, tidak mustahil suatu masa nanti beliau juga akan dijadikan lagenda teragung bagi generasi yang akan datang.

Melihat persembahan beliau dalam bidang nyanyian, memang tidak dapat dinafikan lagi beliau dapat menyanyikan sesebuah lagu itu dengan begitu baik sekali malahan beliau juga ada mempunyai lagu beliau sendiri.

Dalam menjalani hidup sebagai seorang penghibur, pelbagai rintangan onak dan duri yang telah beliau tempuhi. Jatuh bangun beliau dalam industri seni bukanlah satu penghalang untuk beliau meneruskan dan mempelbagaikan bakat-bakat seni tanahair. Beliau pernah dikaitkan oleh pihak media dengan isu-isu kotor seperti lelaki lembut, homoseksual dan persengketaan diantara sesame rakan artis. Namun ini dijadikan sebagai batu loncatan untuk beliau terus maju kehadapan dan melihatnya sebagai pemangkin dalam kerjayanya.

Aznil Hj. Nawawi patut dijadikan contoh dan ikutan oleh anak-anak seni baru yang mahu menceburi dalam bidang seni negara kita ini. Beliau juga boleh dijadikan idola dan patut disanjung tinggi oleh masyarakat sekeliling seperti mana kemashuran yang diberikan kepada biduan lagenda negara, Allahyarham P. Ramlee.
Nota: Gambar di atas diambil dari laman Perkahwinan.com.