Showing posts with label treasure hunt. Show all posts
Showing posts with label treasure hunt. Show all posts

Saturday, 24 November 2012

Treasure Hunting


Please do not disturb. Currently, hunting for hidden treasure. 

The route is Kuala Lumpur to Sungai Petani. 

Friday, 2 December 2011

Scary Tak?

Cuba teka, siapakah dia di sebalik topeng yang ngeri ini?

Ini adalah sebahagian daripada aksesori untuk majlis makan malam sempena Treasure Hunt 2011. Tapi tahun ini, sekali lagi aku tidak dapat turut serta kerana akan menghadirkan diri ke majlis graduasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Aku memang suka majlis makan malam yang dianjurkan sempena pertandingan mencari harta karun. Memang happening and staff pun memang sporting. Setidak-tidaknya, separuh daripada hadirin akan hadir mengikut tema yang telah ditetapkan.

Kali ini, temanya ialah Ghost Night.

Anyhow, all the best to all participants! And also my officemates that have been made to perform on that night. Perform baik-baik tau!

Sunday, 9 November 2008

pusat tayar dan bateri MUTIARA



Usah pening kepala memikirkan tajuk post hari ini, sebab itu adalah salah satu jawapan kepada soalan-soalan Top Gear Treasure Hunt 2008. Acara sulung kelolaan majalah Top Gear, yang mengkehendaki kami berkelana dari USJ 1, Subang Jaya ke Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Kurang lebih tiga tahun aku tidak masuk sebarang treasure hunt competition dengan Saiful, Sharifah Rohana dan Faizal. Dan kali terakhir pun, iaitu pada tahun 2005, juga daripada Lembah Klang ke Pulau Pinang.

Kali ini, kami menginap di Paradise Sandy Beach Resort, bukannya Equatorial Hotel seperti dua pertandingan sebelum ini.

Dan kali ini juga, buat julung-julung kalinya, kami menang. Menurut Faizal, ini merupakan kemenangan sulung mereka bertiga. Bagi aku, ini kemenangan kedua untuk treasure hunt anjuran luar. Alhamdulillah.

Biarpun sepanjang hari semalam, kami berdepan dengan pelbagai dugaan. Aku dan Saiful yang diserang kantuk yang amat sangat. Kak Anna dan Faizal pun tidak se"hyper" sebelum-sebelum ini. Tapi, kami semua percaya, kalau sudah rezeki, tak ke mana!

Sekali syukur buat Ilahi...

Sekarang ini, aku sedang melayari internet menggunakan laptop Saiful, sambil menghirup udara laut yang sepoi-sepoi bahasa.

Lawatan ke Pulau Pinang kali ini lebih merehatkan. Dan aku akui, Pulau Pinang tidak sekotor tiga tahun dahulu. Tahniah, orang-orang Penang!


p/s: Insya-Allah, akan ke Kota Bahru bulan Disember ini. Mari kita saksikan sama ada negeri Kelantan sudah bersih ataupun masih lagi kotor.