Showing posts with label balik-Kg. Show all posts
Showing posts with label balik-Kg. Show all posts

Sunday, 18 December 2011

Majlis Naik Buaian

Hari ini hari ke-48, Damia Batrisya dilahirkan. Empat yang lalu, adik perempuan aku (ibu Damia) genap 44 hari berpantang.

Hari ini Emak menganjurkan kenduri doa selamat, sempena Mira sempurna berpantang dengan selamat dan lancar. Dan hari ini juga sebagai tanda Damia naik buaian.

Emak menjemput kumpulan marhaban Pasir Puteh, Bachang untuk memeriahkan majlis.

Majlis ini dibuat secara kecil-kecilan tetapi cukup menyuburkan tradisi daripada mati ditelan zaman.

Puji dan syukur ke hadrat Allah atas rahmat dan nikmat yang berpanjangan. Terima kasih kepada kaum keluarga atas kehadiran yang besar ertinya ini.

Semoga Damia Batrisya akan membesar dengan limpah hidayah Allah taala dan menjadi kebanggaan keluarga.

Sunday, 29 May 2011

Nazrol dan Kereta

Nak dijadikan cerita, masuk sahaja ke lebuhraya PLUS, Nazrol perasan yang mana suhu keretanya naik dan tinggi.

Bertambah sensasi apabila trafik jadi sesak dan perlahan mulai kawasan Pedas/Linggi. Yang peliknya, lagi perlahan lagi tinggi suhu kereta.

Sampai sahaja ke susur keluar Senawang, kami ambil keputusan untuk berhenti dan periksa apa yang patut.

Tapi aku cuma duduk di bahu jalan, menikmati buah dokong sambil perhatikan sepupu aku periksa radiator. Setelah diisi air dan dibiarkan suhu kereta suhu turun selama 20 minit, kami pun sambung perjalanan dengan menggunakan LEKAS.

Aku tiba di Graha Residen kira-kira jam 11.00 malam. Sempat juga tonton keputusan Mentor 5. Tahniah Salma, tahniah Erra Fazira!