Showing posts with label Satria Neo. Show all posts
Showing posts with label Satria Neo. Show all posts

Sunday, 2 December 2012

Jom Servis Kereta


Setiap kali hantar kereta untuk diservis, sekali itu juga aku berdebar-debar. Tertanya-tanya berapa banyak wang yang akan terbang keluar dari dompet.

Walaupun sudah tamat tempoh waranti, aku masih lagi menghantar NEO ke Pusat Servis Proton. Biarlah orang kata mahal, tetapi aku lebih tenang dan yakin.

Bukan aku tak pernah hantar ke pusat servis lain, malah dua kali. Tapi aku tetap kembali ke pusat servis yang terletak di Pandan Indah ini. Apa yang perhatikan, pusat servis rasmi ni baik Proton, Honda mahupun lain-lain, mekanik mereka mempunyai checklist or checkpoint yang perlu diperiksa.

Manakala di pusat servis yang tak rasmi, mekaniknya tanya kita balik apa mahu check?

Kalau aku tahu, tak ada aku datang ke bengkel kereta uols!

Wednesday, 30 May 2012

Mana Cicir Ni?

Aku betul-betul tak tahu santak ditegur oleh security guard, "Dik, mana pergi nombor plat? Jatuh ke?"

"Oh, ye ke? Okey, okey, terima kasih."

Dah satu hal nak cari kedai untuk buat nombor plat baru. Di mana ya? Ada sesiapa yang tahu?

Kena keluar pejabat awal lah hari ni nampaknya.