Showing posts with label Abah. Show all posts
Showing posts with label Abah. Show all posts

Tuesday, 4 June 2013

Aku, Abah dan Kejanggalan

Alhamdulillah, aku masih punya Abah. Dan hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Abah yang ke-58. Aku panjatkan doa ke hadrat Allah taala agar Abah dirahmati dengan rezeki yang baik dan murah, berkat usia dan bahagia sentosa bersama-sama Mak dan kaum keluarga.

Once again, thank you Allah for giving me Abah, my beloved father in this world and hereafter.

I wrote the poem below when I was reading my Master degree in Manchester in 2008. Dan aku berharap, kejanggalan itu lenyap buat selama-lamanya.

Aku, Abah dan Kejanggalan

Duniaku tak pernah sesunyi itu
dan hidupku tak pernah sekaku itu
bersamamu petang itu
dalam Neo yang bergerak laju
ke bandar Melaka.

Duniaku tak pernah sesunyi itu
aku dan kamu
tiba-tiba hilang suara
hanya hela nafas yang kedengaran
kadang kala pendek
kadang-kadang panjang
berbaur keresahan.

Hidupku tak pernah sekaku itu
aku dan kamu
bak tunggul
cuma bebola mata bergerak-gerak
cari kekuatan
tunggu keabraban.

Biarpun asalnya sama
aku dan kamu
sama-sama janggal dan kekok
resah
dalam kesunyian dan kekakuan
penuh kebingungan itu.

Abah...
walau kita janggal lagi kekok
aku tahu kau sayang darah dagingmu ini
dan ketahuilah jua
aku sayangkanmu, abah!
dari sini santak akhirat.


Hasmi Haron
Manchester, England
4 Jun 2008

Saturday, 4 June 2011

Happy Birthday Abah



Aku dan adik beradik telah merancangkan untuk mengadakan sambutan ulang tahun hari kelahiran Abah yang ke 56 pada 4 Jun 2011.

Pada mulanya, sepupu kami, Ila mencadangkan agar diadakan family BBQ dinner di Pantai Puteri. Sudah lama tidak diadakan family event, kebetulan hujung minggu ini, ramai sanak saudara yang pulang ke kampung. Perfect timing kata orang.

Tapi sayang seribu kali sayang, hujan turun (biarpun tidak lebat) tapi berterusan dari jam 6.30 petang santak isyak. Selepas maghrib, kami pun mengambil keputusan agar dibuat BBQ di rumah sahaja. Kasihan dan risau kepada anak-anak kecil yang mungkin terpaksa menunggu lama untuk makan malam.

Aktiviti memanggang diketuai oleh Kamil, suami kepada sepupu kami (Ila) dan dibantu oleh kedua-dua adik ipar aku iaitu Mus dan Helmi.



Terima kasih kepada sanak keluarga yang hadir pada malam tersebut.

Abah, yang kehilangan ibu ketika usianya empat tahun, dan kehilangan ayah ketika usianya 12 tahun, telah banyak mengharungi kesukaran demi kesukaran dalam hidup ini. Kadang kala, bila aku ingat kembali fakta ini, aku cepat-cepat panjatkan kesyukuran kerana masih punyai ayah dan ibu hingga ke saat ini. Alhamdulillah.

Abah, thank you for being a wonderful father to me and I will always love you di dunia santak akhirat. Happy birthday, Abah. Moga murah rezeki, berkat usia dan bahagia bersama Mak dan kami semua.