Ramai yang bertanyakan tentang Goods and Services Tax (GST).
GST adalah cukai langsung ke atas setiap pembelian barangan dan perkhidmatan. Mulai bulan April 2015, majoriti barangan dan perkhidmatan di Malaysia akan dikenakan cukai sebanyak 6% kecuali peratusan kecil barangan dan perkhidmatan seperti makanan asas, pengangkutan awam, yuran pendidikan dan perkhidmatan perbankan bukan berasaskan yuran.
Jangan salah anggap GST dengan Sales and Services Tax (SST) yang berjumlah 16% itu kerana sekarang ini majoriti barangan dan perkhidmatan TIDAK dikenakan cukai sebanyak 16% tetapi mulai bulan April 2015, majoriti barangan dan perkhidmatan AKAN dikenakan cukai sebanyak 6%.
Secara peribadi, GST adalah cukai yang lebih adil kerana lebih banyak seseorang itu berbelanja, lebih banyak cukai yang dibayarnya. Kurang berbelanja maka kurang cukai yang dibayar.
Cuma terkilan dengan pelaksanaan GST ini. Di peringkat perbincangan, kadar yang dicadangkan adalah 4%. Jadi, segala hujah, strategi dan assumptions dibuat berdasarkan cukai pada kadar 4%, termasuk pengurangan cukai pendapatan peribadi sebanyak 2%. Oleh itu, apabila kerajaan menaikkan kadarnya kepada 6% sewajarnya pengurangan cukai pendapatan peribadi dinaikkan kepada 3%. Begitu juga dengan strategi dan assumption yang lain-lain, perlu disesuaikan dengan kadar cukai baru dan bukannya kadar 4% semasa dalam perbincangan dahulu.
Dan kerajaan perlu meyakinkan rakyat bahawa April 2015 adalah tempoh yang selayaknya untuk melaksanakan GST, tika dan saatnya majoriti rakyat mempunyai pendapatan isirumah RM3,000 dan ke bawah. Ada kajian yang mengatakan tempoh yang sesuai adalah apabila pendapatan majoriti isirumah berjumlah RM5,000.
Nasihat saya, ambil peduli tentang GST sebab buruk baik akibatnya akan ditanggung sendiri oleh setiap orang, setiap rakyat jelata.
No comments:
Post a Comment