Terima kasih banyak-banyak kepada Liza kerana sudi uruskan pemesanan makanan - sederhana saja supaya tetamu larat untuk isyak dan terawih selepas itu. Aku pesan nasi kerabu, dilawan dengan ayam percik dan ikan salut.
Terima kasih kepada Zafrul kerana menghadiahkan brownie dari Secret Recipe dan juga terima kasih kepada Fay, Zaimi dan Geng Bebudak Melaka di atas ole-ole yang dibawa.
Aku jangkakan kehadiran sekitar 20 orang tetapi 24 yang hadir ke majlis iftar yang tak seberapa itu. Thanks for coming guys. I'm overhelmed!
Moga iftar kita diberkati Allah taala.
No comments:
Post a Comment