Sunday, 18 September 2011

Dagang Avenue

Lama betul tak berkunjung ke Dagang Avenue Foodcourt. Terlanjur kawan-kawan ajak, aku pun turun mencemar duli ke sana.

Perkhidmatan masih memuaskan, cuma masakannya kurang sikit. Harganya macam sudah revised downward saja. Kalau betul, baguslah. Tak baik letak harga tinggi untuk masakan yang kurang enak dan kurang sedap.

Tapi, macam kurang sedikit pengunjung di sini. Ya lah, sudah bermacam-macam foodcourt wujud sekarang ini. Dengan pelbagai kopitiam lagi.

Bagus untuk pertumbuhan ekonomi, tapi impaknya kepada budaya dan sosiologi Malaysia? Hmmm...

No comments: