Tapi sedih juga kerana ramadhan kali ini tidak disertai oleh salah seorang nenek kesayanganku, Nek Non, yang telah menyambut panggilan Ilahi pada 22 Jun 2011. Ketika itu aku sedang berkelana di Agra, India.
Dan tiada lagi usikan dan kata-kata nasihatnya di Aidil Firi seperti sebelum-sebelum ini. Semoga Nek Non sentiasa di bawah lindungan dan rahmat-Nya. Aamin.
Ramadhan di Malaysia mungkin tidak semeriah di negara-negara Arab. Sangat-sangat contradict! Di Malaysia Aidil Fitri seolah-olah teras, tetapi aku diberitahu bahawa di sebelah sana, ramadhan adalah teras, berbanding syawal. In fact, amalan buka puasa bersama keluarga dan sanak saudara lebih utama daripada rumah terbuka di hari lebaran.
Sejajar dengan itu, aku nak ubah juga pendekatan dalam hal ini. Aku berhajat untuk menjamu sanak saudara dan teman-teman berbuka puasa, dan bukannya rumah terbuka hari raya seperti sebelum-sebelum ini. Insya Allah. Tarikhnya akan diuruskan nanti.
Kesempatan ini aku ingin ambil untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadat puasa. Semoga kita dapat mendekatkan diri kepada-Nya dan ramadhan kali ini adalah yang terbaik setakat ini.
No comments:
Post a Comment