Thursday, 21 April 2011

Mt. Stong Summit

Setelah asyik diperli, disindir dan dikutuk oleh Apau, akhirnya aku pun turunlah berlatih sama-sama dengan rakan-rakan expedisi mendaki Gunung Stong. Bukannya aku tak mahu turun ataupun nak mengada-ngada, cuma sebelum itu aku sibuk dengan persiapan percutian di Tenggara Sabah. Balik dari percutian, aku sibuk sedikit di pejabat, di samping bersiap sedia dengan Energizer Night Run 2011.

Semalam aku turun berlatih untuk kali kedua. Sesi pertama adalah hari Isnin. Aku cuba untuk berlari sekelompok dengan Arriff, Jeffrey dan seorang lagi abang security which I cannot recall his name. Tapi, mereka terlalu pantas untuk aku. Akhirnya, bukan sahaja aku tertinggal malah aku tersesat. Instead of coming back to Lake Garden, I ran along the highway next to the National Museum leading to Istana Budaya, before exiting to Mahkamah Shariah Wilayah Persekutuan, ke Masjid Negara dan sekali lagi berlari di atas highway ke Bank Rakyat sebelum sampai ke pejabat.

Habis latihan, Nazrol called me, asking if I'm interested to join him and his friends karaokeing at Redbox Sogo Ria. Seperti yang aku war-warkan dalam Facebook, aku makan dan makan dan makan tak henti-henti. Oh, my... I never realised that a 7km run could make me that hungry.

Semalam, sekali lagi aku cuba untuk berlari bersama-sama Arriff, the abang security and one more security guy, tetapi kena tinggal juga. Cuma aku tak sesat. Walaupun tak sampai 7km, kali ini aku tak rasa lapar sangat. Mungkin sebab aku ada makan pisang, sebelum lari semalam.

Dan malam tadi aku tertanya-tanya sendirian, why I run? Is it because of the summit? Yeap. Is there another reason for it? Hmmm...

Before I sign off, let me share with you guys some pictures of my karaoke buddies. These are from my Geng McD. Terima kasih daun keladi. Ajak-ajaklah lagi...

No comments: