Friday, 14 December 2012

Zeitgeist 2012

Google has recently released the search trends in 2012 for Malaysia.

Apa tu? Ia adalah analisis tentang carian yang dilakukan di Malaysia sepanjang 2012. Ada kurang lebih 14 kategori seperti lagu, atlit, blog, kereta dan gambar. Untuk senarai penuh, boleh klik di sini.

Aku tertarik kepada kategori lagu, di mana penyanyi muda Najwa Latif mengungguli tiga kedudukan di dalam senarai 10 teratas. Lagu-lagu tersebut ialah Untuk Dia, berduet dengan Sleeq di tangga ke-4, lagu berjodol Kosong ke-6 dan single sulungnya, Cinta Muka Buku ke-10. 

Wow! 

Selain Najwa Latif, Hafiz turut unggul di tangga ke-8 bersama Adira untuk lagu Ombak Rindu dan di tangga ke-9 bersama Siti Nurhaliza untuk lagu Muara Hati.

Apa-apa pun tahniah buat mereka berdua dan kesemua yang dinobat dalam kategori-kategori masing.
Post a Comment