Sunday 2 December 2012

Jom Servis Kereta


Setiap kali hantar kereta untuk diservis, sekali itu juga aku berdebar-debar. Tertanya-tanya berapa banyak wang yang akan terbang keluar dari dompet.

Walaupun sudah tamat tempoh waranti, aku masih lagi menghantar NEO ke Pusat Servis Proton. Biarlah orang kata mahal, tetapi aku lebih tenang dan yakin.

Bukan aku tak pernah hantar ke pusat servis lain, malah dua kali. Tapi aku tetap kembali ke pusat servis yang terletak di Pandan Indah ini. Apa yang perhatikan, pusat servis rasmi ni baik Proton, Honda mahupun lain-lain, mekanik mereka mempunyai checklist or checkpoint yang perlu diperiksa.

Manakala di pusat servis yang tak rasmi, mekaniknya tanya kita balik apa mahu check?

Kalau aku tahu, tak ada aku datang ke bengkel kereta uols!

No comments: