Tuesday 12 June 2012

Alhamdulillah

Lancar. Syukur.

Kami sekeluarga mengadakan majlis tahlil dan baca Yaásin buat arwah-arwah Jaafar Abdul Hamid, Jariah Abdul Samad, Puteh Lajin, Sapiah Mahmud, Hasnah Abdul Hamid, Maimunah Abdul Hamid, Sinar Mahmud, Ramlan Puteh, Norizah Taib dan Hasnah Minhat.

Terima kasih kepada kaum keluarga yang datang memeriahkan majlis, terutamanya kariah Masjid As-Syakirin, Kampung Pasir Puteh, Bachang.

Jutaan terima kasih kepada Tok Nordin yang sudi mengepalai penyediaan makanan. Mana tak panik, katerer dalam saat-saat akhir menarik diri di atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah, juadah yang disediakan - sambal ayam, masak lemak nanas, kari daging dan pajeri mangga - diterima baik oleh para tetamu yang hadir. Ribuan terima kasih buat Nek Atas, Pak Teh dan Mak Teh yang turut membantu menyediakan juadah.

Terima kasih kepada Along Ros dan Angah Ata yang sedekahkan kuih muih untuk majlis ini.

Hanya Allah dapat membalas jasa baik semua.

Selepas bacaan Yaásin dan tahlil, Kumpul Marhaban As-Syakirin telah menyerikan majlis dengan marhaban dan puji-pujian ke hadrat Allah taala.


Selepas itu, kami turut menyambut hari ulang tahun kelahiran Abah dan anak buah kami, Alisya. Semoga murah rezeki, berkat usia dan sihat sentosa. Aamin.




No comments: