Friday 10 February 2012

Ya Nabi Salam Alaika


Sekali lagi aku mewakili jabatan ke sambutan Maulidur Rasul 1433H di Putrajaya. Tema sambutan tahun ini adalah Rasulullah Ikutan Sepanjang Zaman. Dan aku rasa slogan ini relevan dan kena pada tempatnya.
Walaupun ada yang berpendapat bahawa sambutan ini adalah salah satu bidaah, tetapi pada pandangan aku ia adalah satu budaya yang molek, selagi tidak bercanggah dengan shariah. Asalkan tiada unsur-unsur pemujaan ataupun percampuran yang tiada batasan. Dan niat kita untuk menambahkan pemahaman dan kecintaan kepada rasulullah saw dan risalah-risalah Allah yang dibawa oleh baginda.

Sambutan Maulidur Rasul ini juga adalah satu aktiviti ekonomi, yang memberi peluang perniagaan buat tukang-tukang jahit, peniaga katering dan juga pengusaha bas. Bayangkan sekiranya, sambutan ini dibatalkan, apakah impaknya ke atas usahawan-usahawan kecil ini?

Pada aku, kerajaan perlu teruskan sambutan ini, cuma pengisiannya hendaklah dimantapkan lagi agar ummat Islam yang mengambil bahagian akan mendapat manfaat yang besar. Selain berarak mungkin majlis-majlis ilmu boleh dirangka di samping pertandingan seperti bercerita kisah nabi, pertandingan pidato dan peraduan mengarang puisi bertemakan Islam dan rasulullah saw boleh diadakan.

Insya-Allah, jikalau ada rezeki dan umur, aku berazam hendak turut serta lagi di tahun hadapan.

Ya Nabi Salamulaik, Ya Rasul Salamulaik.

No comments: